suria

Bertahun-tahun pandu kereta tapi masih salah guna aircond! Rupanya kena ubah 4 benda ni dulu

Pendingin hawa penting untuk keselesaan di dalam kereta.

MEMANDU kereta pada waktu tengah hari yang terik pastinya memeritkan, seakan-akan berada di dalam ketuhar.

Lebih mendukacitakan sekiranya pendingin hawa kereta dirasakan kurang berfungsi untuk menyejukkan kenderaan tatkala anda sudah bermandi peluh.

Jangan risau, melalui perkongsian Edward Vstar di laman TikTok, ada dikongsikan cara mudah untuk menjadikan pendingin hawa di dalam kereta anda lebih sejuk.

Anda hanya perlu pulas benda ini, ayuh kita lihat!

1) Buka 'internal circulation'

Jika tombol penghawa dingin anda berada pada tetapan external, tolak ia kepada kedudukan internal circulation.

2) Suhu

Letakkan tetapan pendingin hawa anda pada suhu yang paling rendah.

3) Kelajuan kipas (fan speed control)

Paling penting, letakkan kelajuan kipas pendingin hawa pada tahap dua sahaja.

4) Arah keluar angin

Letakkan pada kedudukan kepala atau bahagian atas sahaja.

Dengan cara ini, pendingin hawa dalam kereta anda akan menjadi lebih sejuk untuk kedua-dua pemandu dan penumpang.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain