suria

Rasa susah nak belok... Ini 5 petanda power steering anda bermasalah! Jangan bertangguh ke bengkel

Stereng boleh menjadi petunjuk awal kepada masalah dalaman kereta. -Gambar hiasan

PERNAHKAH anda memandu kereta dan stereng terasa berat untuk dipusing?

Jika pernah, hati-hati, itu adalah petanda awal bahawa power steering kereta anda sudah bermasalah.

Apakah itu power steering? Ia adalah satu sistem di dalam kereta berfungsi bagi memudahkan anda mengemudi stereng, menjadikan kenderaan lebih ringan ketika membelok dan bergerak.

Sekiranya sistem power steering anda sudah lusuh, ia akan menyebabkan kereta anda sukar untuk dikawal dan kebarangkalian berlaku kemalangan lebih tinggi.

Ayuh kita ikuti perkongsian @altimatsaujana di laman TikTok untuk mengetahui dengan lebih lanjut lima petanda awal yang menunjukkan power steering kereta anda perlu diselenggara.

1) Bunyi bising ketika membelok kereta

Kebiasaannya, masalah ini datang daripada power steering pump atau boleh jadi juga minyak power steering sudah berkurangan.

2) Gegaran pada tayar kereta

Gegaran pada tayar kereta selalunya berpunca sama ada dari tayar ataupun rim. Tetapi boleh jadi juga ia adalah kerosakan pada komponen mekanikal power steering rack.

Minyak power steering kereta.

3) Kereta susah nak belok

Apabila kereta anda terasa berat untuk membelok, ia boleh terjadi disebabkan power steering pump atau steering rack bermasalah.

Ia adalah perkara yang serius dan perlu diselenggara segera dengan khidmat mekanik bertauliah.

4) Perubahan warna minyak power steering

Pada asalnya minyak power steering adalah jernih. Sekiranya ia bertukar warna gelap, itu tanda ia sudah lama tidak ditukar. Jangan lupa untuk tukar minyak power steering dengan jenis yang berkualiti.

5) Kebocoran pada minyak power steering

Punca ini adalah yang paling jarang sekali untuk pengguna sedar. Minyak power steering yang berkurangan akan menghasilkan bunyi pada power steering pump.

Kebocoran minyak power steering terjadi pada power steering hose atau tangki revoir.

Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain