SEMPENA Sambutan Hari Wanita, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengadakan Karnival Kerjaya Wanita MYFutureJobs Perkeso 2024: Tiada Yang Terpinggir pada 14 Mac hingga 16 Mac lalu. Menerusi karnival itu, lebih 50 majikan terlibat menawarkan 10,000 peluang pekerjaan yang terdiri daripada pelbagai industri, antaranya RHB Bank, RHB, Asset Management, PantangPlus dan DHL Asia Pacific Shared Services. Karnival yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) itu berjaya membuka tawaran kepada 712 individu yang berjaya mendapatkan pekerjaan dan layak ke sesi temu duga. Karnival berlangsung selama tiga hari di Kuala Lumpur Convention Center. "Hasil semakan Perkeso seramai 1,077 orang pencari kerja hadir ke karnival ini dengan 66 peratus yang hadir berjaya mendapat pekerjaan dan layak ke temu duga peringkat seterusnya dari majikan yang terlibat dalam karnival kerjaya ini," ujar Perkeso menerusi satu kenyataan. Tambah Perkeso, karnival itu turut memberi kesan positif kepada golongan wanita yang hadir. Malah, karnival itu membuka ruang kepada mereka untuk membina karier dengan penglibatan majikan yang menyediakan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja dengan waktu kerja fleksibel. Seramai 712 orang berjaya mendapat pekerjaan dan panggilan temuduga menerusi karnival ini. Dalam pada itu, salah seorang pengunjung Karnival Kerjaya Wanita MYFutureJobs, Balqis Ali menggalakkan pencari kerja terutamanya wanita untuk berdaftar dengan MyFutureJobs kerana pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan. Karnival itu dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong dan turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sri Nancy Shukri. Antara yang turut hadir adalah Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Seri Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed. Anda masih mencari kerja? Jom sertai Perkeso di Karnival Kerjaya dengan mendaftar di https://myfuturejobs.gov.my/careerfair atau layari http:// https://myfuturejobs.gov.my/ untuk carian pekerjaan secara dalam talian. Bagi majikan yang berminat untuk menawarkan pekerjaan melalui portal MYFutureJobs, anda juga boleh layari https://myfuturejobs.gov.my/ Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube