suria

Barang kemas lama berkilat macam baru beli... Boleh cuba cara cucian paling mudah, buat sendiri di rumah

Emas yang sudah luntur boleh dikilatkan semula.

BARANG kemas merupakan perhiasan yang tidak dapat dipisahkan daripada kaum wanita.

Sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk menggayakan barang kemas masing-masing sempena hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Bukan sahaja cantik dipandang, perhiasan ini juga dipakai demi meningkatkan keyakinan diri dan bagi sesetengah orang memakai barang kemas menunjukkan dirinya lebih matang.

Bagaimanapun, 'seri' barang kemas akan kelihatan semakin pudar apabila dipakai dengan kerap.

Gunakan berus gigi untuk menyental emas.

Jangan risau, terdapat cara mudah untuk mengilatkan semula emas supaya kelihatan seperti baru dibeli di kedai.

Dalam perkongsian seorang peniaga emas, Ibuyemas932, ada tujuh langkah mudah mengilatkan emas yang boleh dilakukan di rumah sahaja.

1. Tuang air panas ke atas emas yang diisi ke dalam bekas

Air panas yang dituang tidak akan meleburkan emas.

2. Letak sabun pencuci pinggan

Tidak ada sebarang jenama spesifik perlu digunakan.

3. Kacau larutan

Sabun yang dimasukkan ke dalam bekas perlu dikacau sebati.

4. Rendam emas

Emas perlu direndam dalam tempoh lima hingga 10 minit.

Emas yang dicuci kembali berkilat.

5. Cuci barang kemas

Sental menggunakan berus gigi untuk mengeluarkan daki pada emas.

6. Bilas

Bilas lebihan sabun menggunakan air bersih.

7. Keringkan

Lap emas yang sudah dicuci menggunakan tisu bersih sehingga kering.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan