suria

Pekakkan telinga kalau budak-budak ‘judge’ duit raya... Lakukan ini jika anda tak mahu pokai lepas Aidilfitri

Pemberian duit raya sepatutnya tidak menjadi perkara yang membebankan. -Gambar hiasan

MENYEDIAKAN duit raya untuk kaum keluarga dan tetamu yang bertandang ke rumah merupakan antara persediaan setiap kali tibanya Aidilfitri.

Namun seorang wanita berkata dia berasa kurang senangnya untuk beraya pada tahun ini apabila memikirkan tentang duit raya.

Meluahkan di laman X, wanita itu berkata dia berasa malu apabila pemberian sedekah RM5 pada lebaran sebelum ini menjadi pertikaian salah seorang saudaranya yang lebih kecil.

Zaqkhwan Zawawi (left), 32, with his wife Afifah Azizan (second from left), 32, who hold their youngest child, Ayra Elise Zara, 1, receive forgiveness from their childrens (starting fourth from left) Aida Amanina, 13, Amirul Haziq, 11, Arif Syarafuddin, 9, Aida Afrina, 7, and Ahmad Danish, 5, during the morning of Hari Raya celebration at their house in Puchong. Their youngest child, Ayra Elise Zara, suffered from a disease called Tetralogy of Fallot which affects her heart. IZZRAFIQ ALIAS / The Star.

Utamakan ahli keluarga dalam pemberian duit raya. -Gambar hiasan/The Star

Bagaimanapun rata-rata netizen menasihati wanita berkenaan agar tidak terlalu memikirkan tentang perihal kanak-kanak yang sepatutnya bersyukur menerima setiap pemberian.

Sebenarnya, pemberian duit raya bukanlah satu perkara wajib tetapi ia sudah menjadi satu budaya dalam kalangan kita.

Jadi, perancangan harus dibuat bagi memastikan agar pemberian duit raya tidak membebankan diri sendiri sempena menyambut perayaan.

Pakar kewangan, Adam Zubir pernah berkongsi tiga tip untuk anak muda yang pertama kali mahu memberikan duit raya.

1. Bajet

Tetapkan bajet yang anda ingin keluarkan untuk dijadikan sebagai duit raya.

Mulakan dengan orang yang terdekat seperti anak-anak sendiri, anak buah serta ibu serta bapa.

The duit raya tradition is still a must for children even though they have to practise social distancing - no 'salam' (shaking hands) and hugging or kissing the hands of the elders - while visiting relatives and neighbours on Hari Raya. SHAARI CHEMAT/The Star(Muhamad Shazmin 12, Muhammad Amzar 11, Nurul Aliya 6, Hafiz Zakuan 10,and Nurul Arina 11,)

Kanak-kanak merupakan golongan paling teruja apabila menerima pemberian duit raya. -Gambar hiasan/The Star

2. Gunakan sampul berbeza

Masukkan duit raya terlebih dahulu menggunakan sampul-sampul tertentu seperti warna yang berbeza.

Kaedah ini memudahkan kita untuk membezakan jumlah duit raya diperuntukan kepada individu tertentu termasuklah ibu dan bapa.

3. Tujuan

Pastikan anda ketahui niat utama kenapa duit raya ini diberikan.

Anggaplah setiap wang yang diberikan itu sebagai satu sedekah amal jariah sebagai Muslim.

Semua kaedah dikongsikan ini bukan sahaja memudahkan anda untuk menguruskan perbelanjaan.

Malah, ia juga dapat mengelakkan daripada anda menjadi pokai akibat tersalah pengiraan bajet yang dikeluarkan untuk duit raya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain