suria

Pemuda kongsi ‘trick’ bisnes cepat kaya... Modal RM30 boleh dapat untung hampir 5 kali ganda sehari!

Berniaga air mineral di taman rekreasi tidak memerlukan modal yang tinggi. -Gambar hiasan

DI mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Malah kita juga sering mendengar kata-kata yang usaha tidak pernah mengkhianati hasil.

Di Facebook, seorang individu dikenali sebagai Izzat Zainuddin pernah berkongsi teknik untuk menggandakan wang.

Meskipun tip itu telah lama dikongsi, ia masih lagi boleh diaplikasikan mengikut kesesuaian hari ini.

Yang penting, kita tidak boleh ada rasa malu jika mahu berjaya dalam misi ini.

Menurut Izzat, teknik yang dikongsi itu boleh menggandakan wang modal sebanyak RM30 sehingga meraih RM147.50 dalam tempoh sehari.

Story on condition of park, 2weeks after reopening --- traffic on road leading to it, any vandalism or rubbish & get comments from visitors.

Perniagaan air mineral pastinya laris di kawasan rekreasi yang penuh dengan pengunjung. -Gambar hiasan

"Ambil RM30, pergi kedai serbaneka, beli air mineral harga RM6.50 sekotak. Di dalamnya ada 24 botol. Beli sebanyak lima kotak.

"Lepas tu bawa air mineral tu pergi taman rekreasi petang-petang dan jual sebotol RM1.50. RM1.50 darab 24 kali lima kotak, bersamaan RM180.

"RM180 tolak modal RM32.50, keuntungan RM147.50. Sehari boleh triple duit RM50 tu. Esok ulang benda yang sama," ujarnya.

Berikut merupakan pengiraan yang dibuat oleh pemuda itu:

Keuntungan sehari RM147.50

Keuntungan seminggu RM1,032.50

Keuntungan sebulan RM4,425

"Belajarlah macam mana nak gandakan duit di tangan anda dengan apa yang ada," pesannya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain