suria

Jangan tunggu sampai tahi burung jadi kering, lakukan ini jika anda sayangkan kereta

Tahi burung berisiko merosakkan cat kereta jika ia lambat dibersihkan. -Gambar hiasan

KEBIASAANNYA pemandu akan mengelak untuk meletakkan kereta mereka di kawasan bawah pokok.

Silap hari bulan, kereta yang diparkir di bawah pokok mungkin akan dipenuhi dengan tompokan tahi burung yang busuk dan menjijikkan.

Menurut Facebook Armada Autowork, tahi burung yang lambat dibersihkan akan mengeras dan berisiko merosakkan cat kereta.

"Kat Malaysia ni memang susah nak elakkan kereta kita daripada terkena tahi burung. Tahi burung bersifat asid dengan pH antara 3-4.5 dan mempunyai lapisan sampang atau lakuer (lacquer) yang mengembang dan mengeras di sekeliling najis burung.

"Apabila najis burung tidak dicuci dan mengeras pada kereta, lama kelamaan ia akan menghakis clear coat iaitu lapisan yang melindungi cat kereta," ujar pengendali Facebook itu.

Jika terus dibiarkan, tahi burung akan meresap dan menjadi sebati dengan cat kereta.

Malah, sebatian itu akan menjadikan cat kereta nampak kusam dan tidak berkilat.

Menurut Armada Autowork lagi, tahi burung yang sudah mengeras perlu 'dilembutkan' terlebih dahulu sebelum pemilik kereta meneruskan cucian seperti biasa.

"Jadi cepat-cepat cuci sekiranya kereta anda terkena najis burung. Jika najis tersebut mengeras, jiruskan dengan air terlebih dahulu dan biarkan ia lembut dalam masa empat hingga enam minit.

"Kemudian gosok perlahan-lahan menggunakan kain yang sesuai. Jangan gosok terlalu kuat kerana ia berisiko mencalarkan kereta anda," ujarnya lagi.

Sekiranya ia gagal dibersihkan, pemilik boleh menghantar kereta untuk dikilatkan (polish) di kedai-kedai berkaitan.

Jika berkelapangan dan mahu berjimat, anda juga boleh melakukannya sendiri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain