suria

Jangan asyik ‘meroyan’ di media sosial jika ditindas di tempat kerja... Lebih nampak bijak jika buat 6 perkara ini

Pekerja perlu bertindak sekiranya mereka berdepan penganiayaan di tempat kerja. -Gambar hiasan

PENGANIAYAAN di tempat kerja boleh memberi kesan buruk terhadap emosi.

Paling teruk, pekerja itu mungkin akan meletakkan jawatan kerana sudah tidak tahan menjadi mangsa penganiayaan.

Menurut Public Health Malaysia, terdapat beberapa tanda penganiayaan di tempat kerja yang perlu anda tahu.

Antaranya:

1. Orang lain ambil kredit hasil kerja keras anda.

2. Pekerja yang bagus tidak dihargai.

3. Ditukarkan, dipindahkan tanpa sebab.

4. Beban kerja ditambah tanpa sebab.

5. Tersebar cerita rekaan dan fitnah.

6. Kenaikan gaji/bonus dinafikan.

7. Kaki bodek/kaki kipas bermarajalela.

kerja (2)

Penganiayaan di tempat kerja boleh memberi kesan buruk kepada emosi. -Gambar hiasan

Menerusi perkongsian di X, Public Health Malaysia memberi beberapa saranan sekiranya pekerja berdepan penganiayaan.

1. Lakukan damage control - Berjumpa dengan bahagian Sumber Manusia (HR) atau pegawai atasan untuk menceritakan situasi sebenar.

2. Simpan dan kumpulkan semua bukti seperti dokumen, email, tangkap layar dan rekod perbualan.

3. Kenali dan kenalpasti siapa rakan dan lawan yang sebenar dalam organisasi. Ketahui si talam dua muka dalam organisasi.

4. Bercerita, meluahkan perasaan kepada individu anda percayai. Jika anda ada isu kepercayaan, berceritalah dengan orang di luar organisasi yang anda rapat. Contoh ahli keluarga, rakan rapat.

5. Anggap sebagai cabaran, lakukan tugas dengan lebih cemerlang. Biar si pelaku terjegil mata

6. Jika berterusan dan tiada tanda tanda positif, mungkin lebih baik pertimbangkan untuk berubah angin.

Di mana-mana anda bekerja, rakan sekerja yang toksik, sabotaj dan cemburu sentiasa anda.

Jangan biarkan individu toksik ini melemahkan aspirasi anda.

Kesihatan mental adalah keutamaan, bercakap lebih baik daripada memendam rasa sendirian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain