suria

Bersih, harum semerbak... Ini cara paling senang nak cuci sendiri karpet, pastikan buat sebelum raya

Karpet perlu dibersihkan sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri.

PADA penghujung bulan Ramadan, kita pastinya akan sibuk dengan akviti mengemas dan menghias rumah bagi menyambut kedatangan tetamu pada Hari Raya Aidilfitri.

Selain menukar langsir dan menyusun perabot, kita juga perlu mencuci karpet kerana ia sering menjadi tumpuan tetamu untuk duduk berborak santai dan menjamu selera.

Di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Isjue Ishak ada berkongsi cara mudah untuk mencuci karpet dengan menggunakan beberapa bahan sahaja.

Menurut wanita itu, dia menggunakan sabun serbuk dan peluntur yang dicampur bersama air panas untuk membersihkan karpet di rumahnya.

Paling penting, karpet yang dimop tidak perlu dijemur di bawah matahari, sebaliknya boleh dikeringkan di bawah kipas sahaja.

Cara ini sangat berguna untuk mereka yang tinggal di bandar dan tidak mempunyai laman untuk menjemur karpet.

"Kita perlukan air panas, sabun serbuk dan peluntur. Lepas tu kita perlukan mop dan baldi.

"Sebelum itu anda kena vacuum karpet dan sapu lantai dahulu. Lepas tu baru mop macam biasa. Selepas mop, biarkan karpet kerang di bawah kipas.

"Pastikan mop semua karpet dulu, lepas tu gunakan bancuhan sama untuk mop lantai," kongsinya.

Menurut wanita itu lagi, teknik itu bukan sahaja boleh membersihkan karpet, malah ruang kediaman juga akan berbau harum dan segar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain