suria

Nenek moyang pilih tempat pelik, tersembunyi... Ketahui ‘bank’ orang dulu-dulu simpan duit

Orang zaman dahulu menyimpan wang di tempat-tempat tersembunyi di dalam rumah. -Gambar hiasan

SEJAK kecil kita dididik agar berjimat-cermat dan bijak dalam menguruskan kewangan.

Sebagai langkah permulaan, ibu bapa menghadiahkan kita tabung untuk dijadikan bekas simpanan wang.

Namun pernahkah anda sedar, golongan terdahulu seperti ibu dan nenek kita sering menyimpan wang dan barang kemas di tempat yang tersorok dan tak terfikir dek akal.

Selain disimpan di bawah tilam, ada juga yang meletakkan wang di celahan dinding rumah, diselit dalam al-Quran dan macam-macam lagi.

Berikut dikongsikan lima tempat pelik untuk menyimpan wang yang pernah dilakukan oleh masyarakat kita.

1. Tilam

Orang zaman dahulu tidak mempunyai kesedaran yang tinggi tentang simpanan di bank. Sebagai alternatif mudah, mereka menyimpan wang di bawah tilam.

Lebih kreatif, mereka menebuk lubang pada tilam untuk dan menyimpan wang di dalamnya.

Sebagai langkah keselamatan, mereka menjahit semula lubang pada tilam itu dan ia hanya akan dibuka apabila tiba masanya.

There are a few owners in Trifolis Apartment, Jalan Batu Nilam at Bandar Bukit Tinggi 2, Klang misuse of Rumah Selangorku by renting to others people.

Sehingga hari ini, masih ada orang yang menyimpan wang di bawah tilam. -Gambar hiasan

2. Dinding

Rumah yang diperbuat daripada papan dan kayu biasanya mempunyai banyak ruang tersembunyi.

Ruang-ruang ini dimanfaatkan sebaiknya sebagai 'lokasi rahsia' untuk menyimpan wang oleh orang terdahulu.

3. Buku/al-Quran

Cara ini juga agak popular dalam kalangan orang dulu-dulu. Helaian wang kertas yang nipis mudah untuk disimpan di dalam buku tebal.

Selain itu, al-Quran juga sering menjadi pilihan sebagai tempat penyimpanan wang.

Dengan cara ini, ada yang mengakui 'takut' dan rasa bersalah untuk menggunakan wang tersebut, sekali gus menjayakan misi simpanan mereka.

4. Dapur

Dapur biasanya dipenuhi dengan banyak barang, sekali gus membuatkan kaedah penyimpanan ini lebih selamat dan sukar dijumpai oleh orang lain.

Ada golongan terdahulu yang menyimpan wang di dalam bekas beras.

Malah, wang turut disimpan di dalam bekas plastik yang disusun di atas rak.

81114898_588142252016027_4330742591164252160_n

Kotak kasut juga boleh dijadikan sebagai tempat menyimpan wang. -Gambar hiasan

5. Pasu/kotak

Mungkin ada dalam kalangan ibu-ibu kita yang menyimpan wang di dalam pasu bunga.

Kaedah simpanan ini juga pastinya tidak dapat dihidu oleh penceroboh kediaman.

Selain itu, kita juga boleh menyimpan wang di dalam kotak terpakai.

Kebaikan dan keburukan

Wang yang disimpan di tempat tersorok pastinya sukar dikesan oleh individu lain.

Malah, sasaran tabungan juga pastinya lebih mudah untuk dicapai.

Ini kerana anda perlu berusaha untuk mengeluarkan semula wang yang disorok di dalam tilam atau pasu bunga misalnya.

Dari sudut negatif, wang ini mungkin boleh rosak digigit tikus atau dimakan anai-anai.

Malah, segala simpanan anda juga akan lesap sekiranya berlaku kebakaran di rumah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan