suria

Pokok betik undang bahaya? Ada yang ‘haramkan’ tanam di rumah , dakwa punca banyak tikus dan ular

Pokok betik didakwa menjadi punca kehadiran tikus dan ular di kediaman. -Gambar hiasan

BETIK merupakan antara buah-buahan yang popular di negara ini.

Malah, ia juga ditanam secara meluas di kawasan perumahan.

Terbaharu, seorang individu tular di laman X selepas mendakwa pokok betik yang ditanam di sekitar rumahnya menjadi punca kehadiran tikus dan ular.

"Korang tahu kan betik adalah tanaman yang 'paling haram' nak tanam kat area depan atau tepi rumah? Sebabnya nanti tikus akan membiak. Bila tikus membiak bawah tanah cuba teka siapa datang? Ya, ular datang.

"Tanam betik ibarat pelawa ular masuk kawasan rumah. Tanam betik pun rosakkan landskap juga. Lebih-lebih lagi bila tanam tepi longkang. Rosak simen tepi longkang sebab tanah jadi kosong oleh tikus dalam tu.

A retired man in Taman Sri Muda Shah Alam doing gardening every evening in front of his house with fruit orchard. Story for Can You Dig It column. 11 Sept 2014 CHAN TAK KONG/The Star

Betik boleh didapati dengan mudah di seluruh Malaysia. -Gambar hiasan

"Kalau nak tanam betik, tanam jauh sikit. Belakang rumah ke. Tapi jangan dekat tepi-tepi pagar. Jangan juga di area pintu masuk. Saja kongsi bagi yang tak tahu," ciap pemilik akaun @BoodakB.

Menurut individu itu, saranan berkenaan dibuat berdasarkan pengalamannya sendiri sahaja dan ia tidak semestinya tepat 100 peratus.

"Disclaimer, aku tahu info ni pun tahun lepas. Tapi selama tanam betik keliling rumah memang rosak simen. Tikus beranak-pinak kat bawah tu dan ular datang je. Nasib baik ada kucing tolong gigit ular tu bagi mati.

"Jadi bila dapat tahu info tu, aku baru faham kaitannya. Ini berdasarkan pengalaman peribadi je. Tapi ramai yang alami macam ni. Maksudnya ada betul juga la terutama yang perumahan dia semak.

"Kalau bersih terjaga, okay la. Korang tanam je betik. Sedap, lawas berak pula tu. Saya mungkin tak 100 peratus betul kalau nak sembang tentang pertanian tapi tak salah kongsi pengalaman yang memang dah jadi," jelasnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain