CUACA panas melampau membuatkan ular keluar dari sarangnya untuk mencari tempat perlindungan lain yang lebih sejuk. Biasanya rak kasut, dapur dan lokasi lain dalam rumah menjadi sasaran haiwan liar ini untuk berteduh. Justeru kita perlu lebih berhati-hati bagi mengelak daripada menjadi mangsa reptilia itu apatah lagi di musim perayaan ini. Jabatan Bomba dan Penyelamat menerusi satu kiriman di TikTok berkongsi tentang cara perlu dilakukan apabila berdepan dengan ular. Menurut wakil daripada Skuad King Cobra (SKC) itu, terdapat lima langkah perlu diambil perhatian sekiranya ular memasuki kediaman anda. Antara perkongsian video bermain ular oleh SKC di TikTok. 1. Jangan panik Sekiranya nampak ular di sekitar atau di dalam rumah, kekal bertenang. 2. Kedudukan ular Pastikan keberadaan ular diketahui dengan perhatikannya dari jarak yang selamat. 3. Hubungi talian kecemasan 999 Panggil bomba atau APM bagi dapatkan bantuan untuk menangkap ular. 4. Perhatikan ular Lokasi terakhir ular perlu diperhatikan sebelum pihak bomba atau APM tiba untuk memudahkan proses tangkapan dilakukan. 5. Provokasi Jangan lakukan sebarang aksi atau tindakan supaya tidak menimbulkan ancaman bahaya kepada orang lain. Untuk makluman, SKC yang memiliki jumlah pengikut 10,000 di TikTok banyak berkongsi video-video ketika tangkapan ular tedung selar dilakukan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube