suria

Ada cara mudah cuci habuk tebal di tingkap nako... Tak perlu sental teruk-teruk, buat malam raya pun sempat

Ada cara mudah mencuci tingkap nako kotor dan berhabuk.

KEBANYAKAN kediaman di kampung masih menggunakan tingkap nako.

Membersihkannya merupakan satu tugasan mencabar kerana tingkap jenis ini mudah mengumpul habuk.

Tidak hairanlah ada yang mencuci tingkap jenis ini sebulan awal sebelum tiba Ramadan kerana ia perlu disental menggunakan banyak tenaga dan kotoran pada permukaan sukar ditanggalkan.

Menurut Zaza Zalina dalam satu perkongsian di Facebook, sebenarnya ada cara mudah untuk membersihkan tingkap nako malah nampak berkilat.

Katanya dia hanya menggunakan tiga bahan sahaja untuk menanggalkan habuk pada tingkap rumahnya.

Bahan-bahan:

1. Kain lap

2. Sabun cuci pinggan

3. Air

Guna minyak elak besi tingkap berkarat.

Cara cuci tingkap nako:

1. Basahkan kain lap.

2. Picit sedikit sabun pada kain.

3. Mulakan kerja membersih dengan mengelap setiap satu cermin tingkap.

4. Semua bahagian tingkap perlu dicuci termasuklah bingkai besi yang disental sehingga bersih.

Berdasarkan beberapa keping foto yang dikongsikan Zaza, tingkapnya nampak bersih daripada sebarang habuk selepas dicuci menggunakan kaedah ini.

Zaza turut meletakkan sedikit minyak mesin di bahagian besi tingkap tersebut supaya tidak berkarat.

Ini kerana tingkap yang berkarat lebih sukar untuk dibuka dan ditutup.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain