MEMASANG pelita di kawasan rumah dan sepanjang jalan sudah menjadi amalan tradisi masyarakat Melayu menjelang sambutan Aidilfitri. Gemerlapan cahaya pelita menambahkan lagi keceriaan menjelang malam tujuh likur iaitu iaitu 10 malam terakhir Ramadan. Tetapi harga minyak tanah yang tinggi mematahkan semangat masyarakat hari ini untuk meneruskan tradisi berkenaan. Namun tahukah anda sebenarnya ada kaedah lain yang boleh dilakukan bagi menggantikan penggunaan minyak tanah untuk menyalakan pelita seperti dikongsikan Noorlia Omar menerusi laman TikTok. Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti berikut: 1. Minyak masak terpakai 2. Pasir Penggunaan minyak masak terpakai boleh menjimatkan untuk hidupkan pelita. Cara-cara penyediaan: 1. Masukkan pasir sehingga separuh penuh ke dalam pelita. 2. Isi minyak masak terpakai ke dalam pelita yang sama. 3. Basahkan sumbu pelita dengan minyak masak. 4. Nyalakan api pelita seperti biasa. Jika diteliti pada ruangan komen, rata-ratanya berterima kasih kepada Noorlia atas perkongsian dibuat. Malah, ada dalam kalangan netizen menyatakan cara ini lebih menjimatkan serta api pelita menyala dengan kadar lebih lama. Namun, memasang pelita pada penghujung Ramadan dengan tujuan sekadar memeriahkan rumah dan menambahkan keceriaan adalah dibolehkan. Adalah lebih baik sekiranya orang Islam memilih untuk memfokuskan ibadah dan amal pada 10 malam terakhir Ramadan agar memperoleh Lailatul Qadar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube