suria

Tak cukup bajet hantar ke hotel? Ini 3 tip tinggal kucing di rumah... Si bulus selesa, anda boleh balik beraya dengan tenang

Pastikan bekalan makanan mencukupi sebelum meninggalkan haiwan peliharaan.

SETIAP kali musim perayaan tiba, pasti ramai membuat persiapan awal sebelum meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Bagi mereka yang membela kucing, mesti ada yang rasa buntu bagaimana nak meninggalkan si bulus di rumah sendirian tanpa dipantau sesiapa.

Pegawai Veterinar Hospital Veterinar Universiti (UVH), Dr Nor Alimah Rahman berkongsi tip untuk mereka yang nak tinggalkan kucing dengan selamat semasa pulang beraya.

Tip tinggalkan kucing dikongsikan oleh seorang pegawai veterinar.

1. Makanan dan air

Pemilik haiwan peliharaan perlu membuat ukuran bergantung kepada jumlah makanan dimakan kucing sepanjang hari.

Kemudian, jumlah tersebut didarabkan dengan bilangan hari untuk meninggalkan rumah.

2. Pembuka makanan automatik

Cara lebih selamat adalah dengan membeli pembuka makanan automatik supaya bekalan makanan dan minuman tidak terputus.

3. Tandas kucing

Sekiranya anda memiliki seekor kucing di rumah, sediakan dua tempat pembuangan najis.

Manakala sediakan tiga tempat pembuangan najis sekiranya terdapat dua ekor kucing di rumah.

Sediakan bekas pembuangan najis tambahan jika mahu meninggalkan kucing di rumah sendirian.

Dalam video yang sama, Dr Nor Alimah mencadangkan kepada pemilik haiwan untuk menghantar ke mana-mana organisasi kebajikan haiwan sekiranya tidak dapat bawa bersama pulang ke kampung.

Selain itu, anda juga boleh meminta tolong jiran atau rakan untuk menjaga si bulus sementara waktu berbanding tinggal di 'cat hotel' yang mahal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan