KETIKA kita masih berada dalam 'mood' raya, situasi kehabiran stok nasi impit segera tidak mustahil akan berlaku. Usah panik sekiranya berlaku situasi ini kerana terdapat cara mudah untuk menyediakan nasi impit sendiri di rumah sempena rumah terbuka. Mengikut resipi asal, penggunaan periuk tekanan adalah lebih mudah supaya nasi impit dimasak dengan baik. Tetapi bagi yang tidak mempunyai alatan berkenaan, anda boleh gunakan periuk nasi biasa di rumah. Sukatan betul bahan adalah penting untuk menjadikan nasi impit. Dikongsikan oleh seorang pelayar di TikTok, anda perlu sediakan empat bahan mudah sahaja untuk memasak nasi impit. Bahan perlu disediakan mengikut sukatan 1. Satu cawan beras 2. Tiga cawan air 3. Dua sudu minyak masak 4. Satu sudu garam Himpit nasi dalam acuan sebelum disediakan untuk dihidang. Cara-cara penyediaan 1. Masukkan semua bahan dan masak menggunakan periuk nasi seperti biasa. 2. Selepas siap dimasak, kacau nasi dengan teknik pukul (gaul) sehingga hancur. 3. Apabila tekstur sudah menjadi nasi impit, masukkan ke dalam loyang atau acuan yang dialas menggunakan daun pisang. 4. Himpitkan nasi sehingga mampat di dalam bekas sebelum dipotong kepada saiz lebih kecil. Dalam pada itu, pemilik video turut mencadangkan untuk menyediakan nasi impit pada malam hari sebelum dihidangkan pada hari raya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube