suria

Telur separuh masak, 3 menu harian lain boleh disediakan guna air fryer je! Pastikan ‘set’ suhu, masa yang betul

Terdapat banyak kegunaan air fryer dalam masakan.

PENGGUNAAN penggoreng udara atau air fryer nampaknya cukup meluas dalam kalangan kaum ibu dan indvidu bujang pada masa kini.

Selain mudah, makanan yang dimasak menggunakan air fryer juga dikatakan lebih sihat dengan mengambil contoh hidangan bergoreng yang boleh disediakan tanpa menggunakan minyak.

Namun, tidak semua dalam kalangan kita tahu menggunakan alatan elektronik ini sepenuhnya.

Sebenarnya, banyak menu lain yang kita boleh masak menggunakan air fryer selain menggoreng ikan, ayam atau kentang.

Terdapat empat jenis sumber protein boleh kita masak jika air fryer dilaraskan mengikut suhu yang betul seperti diajarkan oleh Niky Miky.

1. Telur separuh masak

Tetapkan suhu pada 150 darjah Celcius dalam masa lima minit.

Masukkan telur ke dalam bekas air fryer tanpa perlu menggunakan air.

Proses memasak menjadi lebih mudah apabila menggunakan air fryer.

2. Kerang bakar

Laraskan suhu 180 darjah Celcius dan bakar kerang selama lapan minit.

3. Udang juicy (berjus)

Masak udang selama 10 hingga 15 minit (bergantung pada saiz) pada suhu 180 darjah Celcius.

Hasilnya, udang yang dimasak akan menjadi 'juicy' dan tidak menjadi kecut atau kering.

4. Ikan bilis rangup

Goreng ikan bilis selama 10 minit pada suhu 180 darjah Celcius.

Kemudian, buka bekas untuk terbalikkan ikan bilis dan masak lagi selama tiga minit.

Diharapkan dengan perkongsian ini anda dapat menggunakan air fryer dengan penetapan suhu yang betul sekali gus dapat mengelak daripada kualiti makanan terjejas.

Sebenarnya, hampir semua jenis makanan kering boleh dimasak menggunakan alat ini asalkan penetapan suhu dan masanya bersesuaian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain