suria

Jadikan iktibar kisah wanita terkunci dalam bilik... Rupanya ada cara mudah boleh ‘unlock’ macam MacGyver!

Seorang wanita terkurung di dalam bilik gara-gara pintu terkunci dari dalam.

TULAR di media sosial video seorang wanita yang terperangkap dalam bilik gara-gara kunci tidak boleh dibuka.

Dalam rakaman dimuat naik di TikTok itu, detik cemas dan mencuit hati itu berlaku pada hari pertunangannya sendiri.

Menerusi kapsyen video, kejadian itu berlaku ketika bakal ibu mentuannya cuba memasuki bilik berkenaan untuk menyarungkannya cincin pertunangannya.

Perkara tersebut hanya disedari tuan badan setelah diberitahu oleh ahli keluarga yang berada di luar bilik.

Malangnya dalam situasi berkenaan, pintu tersebut juga tidak dapat dibuka daripada bahagian dalam bilik.

Kelihatan beberapa orang individu bertungkus lumus cuba membuka pintu berkenaan menggunakan beberapa peralatan dan cara.

Pintu boleh dibuka dengan menggunakan sekeping kertas keras.

Kali ini kami ingin kongsikan cara mudah untuk membuka pintu bilik yang terkunci dan tidak boleh dibuka sama ada dari luar atau dalam.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

1. Ambil kertas atau kad yang keras dan fleksibel.

2. Lipat dua bahagian sehingga ia benar-benar keras.

3. Gunakan hujung lipatan kertas yang keras untuk diselit pada celah pintu.

4. Pastikan celah pintu di mana tempat lock itu boleh dicapai dengan bucu kertas.

5. Tolak kertas secara perlahan-lahan sehingga pintu terbuka dengan sendiri.

Selain daripada kertas, kaedah ini juga boleh digunakan dengan menggunakan pembaris atau kad bank dan yang seumpamanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain