suria

Majlis kahwin impian tanpa buat personal loan... Ini 3 kaedah ‘menabung bersama’, bakal pengantin cuma pilih mana sesuai

Tabungan kahwin dapat membantu pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga.

KEBANYAKAN individu pasti mempunyai keinginan untuk melangsungkan majlis perkahwinan impian kerana ia berlaku sekali dalam seumur hidup.

Maka pelbagai cara dilakukan untuk menjayakan matlamat berkenaan termasuk membuat simpanan kewangan bersama pasangan tercinta.

Turut melakukan simpanan bersama pasangan sebelum mendirikan rumah tangga, pencipta kandungan digital Shaa Ismail berkongsi beberapa tip kewangan yang dilakukannya bersama suami Ali Ridhwan sebelum mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2019.

Menurutnya, konsep simpanan yang diamalkan bermula dengan jumlah yang sikit dan semakin banyak mengikut hari.

"Saya menabung sejak mula bertunang, jadi semua jenis duit kalau kegunaan bersama akan ambil dari tabung. Tapi kalau nak guna untuk top up, isi minyak atau rokok... tak boleh usik duit tabung.

"Memang guna cara ni sebab saya jenis boros dan duit dalam bank selalu habis. Boleh juga sediakan dua jenis beg duit, satu untuk belanja harian dan satu lagi simpanan," jelasnya.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menabung.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menabung.

Kaedah 1

1 haribulan simpan RM1, 2 haribulan simpan RM2 sampailah seterusnya 30 haribulan RM30.

Kalau pasangan buat perkara yang sama, jumlah tersebut boleh didarabkan dua dan dapatlah RM930 sebulan.

Andai kata ada buat simpanan pada hari ke 31, jadi total untuk setahun adalah RM11,904

Kaedah 2

Hanya simpan RM2 setiap hari sehinggalah 30 haribulan.

Total simpanan adalah RM60 dan jika dicampur dengan pasangan, anda akan ada RM120 sebulan.

Teruskan selama setahun, jadi jumlah keseluruhan adalah RM1,440.

Kaedah 3

Jika mempunyai banyak komitmen, apa kata guna kaedah ini yang menetapkan simpanan sejumlah RM1 setiap hari.

Buat bersama pasangan dan lakukan selama setahun, jumlah keseluruhan adalah RM720.

Meskipun tidak banyak, namun ia dapat membantu anda apabila terdesak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain