suria

Sambal tumis tak menjadi, cepat basi? Belajar dulu cara sediakan pes cili kisar, jangan ‘skip’ langkah penting

Langkah pertama akan menjadikan sambal lebih sedap dan tidak mudah basi.

MASAKAN cepat basi pastinya merunsingkan sesiapa sahaja terutama para peniaga.

Selain menyebabkan jualan merosot, situasi yang dialami akan merugikan golongan itu kerana tidak berjaya membuat pusingan modal.

Anda yang mengalami masalah ini boleh mencuba cara dikongsikan peniaga nasi kerabu dari Seremban, Ben Safwan dalam menghasilkan pes cili kisar bagi memastikan sambal tumis yang dimasak boleh bertahan lama.

Paling penting, ia juga rahsia kesedapan sambal tumisnya.

Cili yang telah siap direbus dan dibuang air.

Cili yang telah siap direbus dan dibuang air.

Cara penyediaan pes cili kisar untuk sambal tumis:

1. Gunakan cili kering jenis lebar kerana ia kurang pedas tetapi warna sambal akan kelihatan merah.

2. Setiap cili dipotong dan dibuang biji.

3. Pastikan tiada cili kering yang buruk, cili rosak akan menjejaskan sambal tumis anda.

4. Basuh bersih dan rebus secukupnya. Bagi cili jenis ini, tempoh rebusan adalah lebih lama berbanding biasa.

5. Setelah rebus, biarkan menyejuk selama satu hingga dua jam.

6. Tos terlebih dahulu sebelum dikisar halus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain