BARANG plastik seperti balang air jualan akan kelihatan kusam dan gelap apabila digunakan setiap hari. Keadaan tersebut menyebabkan kebanyakan peniaga air kerap menggantikan balang supaya kebersihan lebih terjamin sekali gus tidak menjejaskan perniagaan masing-masing. Menerusi perkongsian di laman TikTok, abang kopi atau pemilik TheSumKopi berkongsi tip untuk menjaga bekas air balang supaya tidak cepat kusam dan rosak. 1. Balang yang digunakan adalah jenis akrilik, oleh itu jangan sesekali tuang air panas ke dalamnya. Air panas akan menghasilkan wap dan seterusnya memberi kesan kepada balang. 2. Kalau perlu tuang air panas, letakkan ais memenuhi balang terlebih dahulu. 3. Jangan sesekali jemur balang air di tengah panas matahari kerana ia akan menyebabkan bekas menjadi nipis dan rapuh. 4. Selepas basuh, letakkan di tempat yang sesuai dan biar air kering sendiri. 5. Jika berniaga di tepi jalan, pastikan anda menggunakan kanopi atau payung dan melindungi balang air tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube