suria

Tanam dalam polybag je... Tak sangka kacang panjang boleh berbuah lebat, puas makan!

Coach Bahar menunjukkan hasil tanaman kacang panjangnya.

KACANG panjang merupakan antara sayuran yang paling digemari masyarakat kerana mudah disajikan sama ada sebagai ulam-ulaman mahupun masakan panas.

Selain membuka selera sesiapa sahaja, sayuran kekacang ini dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi atau hipertensi kerana kandungan mineral, seperti kalium, di dalamnya di samping tinggi serat.

Bagi peminat kacang panjang, apa kata anda menanamnya sendiri seperti perkongsian Pengasas DImpian Agro Farm, Coach Bahar di laman Facebook.

Bukan sahaja mudah, anda juga tidak perlu runsing menggembur tanah di belakang rumah kerana kacang panjang boleh ditanam di dalam polybag sahaja.

Ini tujuh teknik mudah untuk menanam dan memastikan kacang panjang mengeluarkan hasil yang lebat.

1. Pantau perkembangan anak pokok daripada hari pertama ditanam. Semai biji benih 4 inci ke dalam sabut.

2. Jarak pokok ditanam 2 kaki x 4 kaki antara satu sama lain.

3. Selepas 25 hari, buang daun yang tak berguna untuk pokok secara berkala.

4. Pastikan diracun serangga secara berkala sekurang-kurangnya empat hari sekali.

5. Sembur dengan foliar pada daun muda dan pucuk setiap minggu seperti baja AB dengan kepekatan 2.0 mS. Sembur pada awal pagi.

6. Pastikan air, cahaya dan baja cukup.

7. Kacang panjang akan berbuah dalam masa 60 hari daripada tarikh ia disemai. Kualiti kacang panjang adalah berasal dari biji benihnya yang baik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain