suria

Baru tahu memang ada cara senang nak cuci kerang... Boleh pilih antara 3 kaedah ini, sekejap je bersih!

Terdapat pelbagai cara terkini untuk mencuci kerang.

KERANG merupakan makanan laut kegemaran ramai.

Bagaimanapun ramai yang mengelak untuk memasak hidangan berasaskan kerang di rumah kerana berasa leceh untuk membersihkan cengkerangnya yang dipenuhi pasir atau selut.

Malah ada yang menyatakan petua menggunakan batang pisang kurang berkesan selain mengambil masa yang lama.

Menggosok satu persatu cengkerang menggunakan berus pula pasti memenatkan.

Menerusi hantaran tular, seorang pelayar X berkongsi beberapa teknik terkini yang lebih mudah dan cepat untuk membersihkan kerang.

Paling penting, mood memasak anda tidak hilang kerana keletihan mencuci kerang.

Kerang sesuai dimasak apa sahaja. -Gambar hiasan

Kerang sesuai dimasak apa sahaja. -Gambar hiasan

Kaedah 1

Guna air panas atau suam yang dicampurkan dengan soda bikarbonat.

Rendam selama 10 minit dan bilas dengan air bersih.

Kaedah 2

Tabur garam kasar bersama serbuk kunyit dan gaul sebati.

Selepas 20 minit, basuh dengan air bersih sehingga tiada kesan kekotoran.

Kaedah 3

Menggunakan waterjet adalah langkah yang paling mudah dan senang.

Letakkan kesemua kerang di dalam baldi dan sembur menggunakan waterjet.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain