RAMAI beranggapan pokok kelapa mudah ditanam dan akan berbuah apabila capai tempoh matang. Namun sebenarnya, ia memerlukan perhatian dan penjagaan rapi supaya dapat berbuah lebat dan hasilnya tidak busuk di dalam. Menerusi hantaran tular, pelayar TikTok @greennoy1 berkongsikan kaedah untuk menggalakkan pokok kelapa pandannya berbuah. Selain diminum, isi kelapa juga sedap dimakan mentah atau dijadikan bahan dalam masakan. Berikut beberapa langkah yang boleh dilakukan: 1. Jika pokok kelapa sudah berusia lebih dua tahun tetapi tidak berbuah, mayang kering pada pokok tersebut perlu dibakar. 2. Rapikan bahagian mayang kering tersebut. 3. Selepas dua atau tiga minggu, mayang dengan seludang bunga akan kelihatan keluar di celahan pokok. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube