suria

Kaedah ‘tabung hijau’ cara mudah untuk menyimpan... Orang boros pun sesuai ikut cara ini!

Wang tunai RM5 sering dijadikan tabungan kerana mudah dan tidak membebankan.

RAMAI yang beranggapan amalan menabung hanya boleh dilakukan apabila seseorang itu mempunyai lebihan pendapatan atau gaji.

Namun sebenarnya menabung boleh dilakukan walaupun anda bergaji kecil dan mempunyai banyak komitmen bulanan.

Menerusi teknik tabungan yang dikongsikan pengguna media sosial dikenali sebagai Farhana Aini Omar, anda pasti berjaya mempunyai simpanan di akhir tahun meskipun seorang yang boros dan gemar berbelanja.

Menurutnya, dia memulakan simpanan dengan mengumpul wang kertas RM5.

Bagi menjayakan misi itu, dia tidak akan sesekali menggunakan wang berwarna hijau kerana ia dikhususkan untuk tabungan.

Ramai yang gemar menyimpan wang kertas RM5.

Ramai yang gemar menyimpan wang kertas RM5.

Telah mengamalkannya sejak awal tahun 2020, ujar Farhana Aini, pada awalnya dia juga berasa ragu-ragu terutama apabila tiba waktu sesak.

Namun katanya, disiplin perlu tinggi dan sentiasa berfikiran positif bahawa amalan menabung adalah untuk kebaikan diri sendiri.

"Lama-kelamaan tidak terasa pun ia seperti beban dan automatik kalau nampak duit hijau je... terus asingkan.

"Apabila sampai tempoh yang ditetapkan, bawalah duit tersebut ke bank atau mana-mana kaedah simpanan yang disukai.

"Amalan ini sesuai untuk orang yang boros. Anda boleh je simpan duit warna apa sekali pun atau berapa nilainya tetapi jangan sampai membebankan," tambahnya.

Menerusi hantaran di laman X, rata-rata netizen turut berkongsikan kaedah simpanan yang sama dan menunjukkan hasil amalan menabung masing-masing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain