suria

Sayang nak tukar kereta lama? Macam ini rupanya pemilik Perodua Kelisa keluaran 2001 jaga prestasi, tak susah pun!

Lebihan minyak enjin akan ditinggalkan di bengkel.

MEMBELI kenderaan baharu pasti memerlukan modal yang besar.

Disebabkan itu ramai yang memilih untuk menggunakan kenderaan sedia ada meskipun usianya sudah melebihi 10 tahun.

Anda yang ingin berjimat dan enggan menambah beban kewangan, bolehlah mencuba tip penjagaan kenderaan lama yang dikongsikan Fadil Mohd Yusof menerusi laman Facebook miliknya.

Perkongsian tersebut dibuat berdasarkan pengalamannya menggunakan kereta jenis Perodua Kelisa yang dikeluarkan pada 2001.

Malah kenderaan tersebut adalah kereta yang digunakan setiap hari.

1. Radiator dan penutupnya

Radiator sekarang bukan semuanya besi. Ada bahagian dibuat menggunakan plastik.

Oleh itu setiap tiga hingga empat tahun, sebaiknya tukar bahagian penutup plastik atas radiator tersebut.

Menurut Fadli, dia pernah bertangguh untuk menukar penutup plastik tersebut dan akibatnya ketika memandu dengan kelajuan 120 kilometer (km) per jam, penutup plastik radiator tiba-tiba pecah.

Mujur hanya perlu lakukan top overhaul dan jika nasib tidak baik, perlu tukar enjin.

Radiator juga perlu dicuci jika sudah nampak berkarat.

Sentiasa pastikan kenderaan anda diselenggara mengikut jadual. -Gambar hiasan

Sentiasa pastikan kenderaan anda diselenggara mengikut jadual. -Gambar hiasan

2. Timing belt dan aircond belt

Kedua-dua komponen ini perlu ditukar mengikut saranan pengeluar dan kebiasaannya setiap 100,000km.

Jika kereta sudah berusia sembilan hingga 10 tahun tetapi perbatuan belum sampai 100,000km, sebaiknya tukar sahaja komponen berkenaan.

Bayangkan jika terputus di tengah jalan, kita akan keluar kos yang lebih tinggi.

3. Minyak power stering dan minyak brek

Tukar setiap lima tahun sekali atau apabila kita perasan minyak sudah bertukar warna merah kehitaman.

4. Sistem pendingin hawa

Sebaiknya buatlah penyelenggaraan penuh sekali dalam tempoh dua atau tiga tahun.

Kereta juga boleh kekal sejuk dan tidak mengalami masalah ketika hujan.

5. Minyak gear box

Tukar setiap 40,000km hingga 80,000km mengikut saranan pengeluar.

Jika tidak sampai jarak perbatuan yang dinyatakan, anda boleh sahaja menukarnya setiap dua atau tiga tahun sekali.

6. Insurans kenderaan

Ini adalah perkara paling penting bagi kenderaan lama.

Semasa perbaharui insurans, ambil pakej tunda tanpa had dan hanya tambah kira-kira RM100 daripada insurans asal.

Apabila kita pandu kereta lama, kita tidak tahu bila kereta akan rosak.

Oleh itu, dengan 'tunda tanpa had', kita tidak perlu risau kos tarik kenderaan apabila kereta rosak di tengah jalan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain