suria

Tak perlu runsing jika belum ada alat pengukus... Ada cara manual kalau nak masak pau, dim sum

Alat pengukus akan memudahkan kerja di dapur.

PELBAGAI juadah lazat dan menyihatkan seperti sayur, pau dan dim sum dimasak menggunakan kaedah kukus.

Kebiasaannya bagi mereka yang berkemampuan, alat pengukus berkuasa elektrik akan dibeli bagi memudahkan proses memasak di dapur.

Melalui satu hantaran di laman TikTok oleh Chef As, ada dikongsikan petua alternatif untuk membuat alat pengukus sendiri menggunakan peralatan sedia ada.

"Nak kukus pau tapi tiada pengukus? Jangan susah hati, kita buat sendiri," ujar Chef As.

Ayuh kita lihat!

Peralatan diperlukan:

1) Periuk

2) Bakul penapis

3) Loyang berbentuk bulat

Trik untuk mencipta alat pengukus sendiri di rumah.

Langkah-langkah:

1) Isikan air ke dalam periuk dan panaskannya menggunakan api dapur

2) Letakkan bakul penapis di atas periuk tersebut dan masukkan makanan yang hendak dikukus

3) Tutup bakul penapis menggunakan loyang yang diterbalikkan. Pastikan stim air dapat diperangkap dengan secukupnya

4) Kini alat pengukus do it yourself (DIY) anda sudah siap

Maklum balas netizen

"Ya betul, saya selalu buat macam ni kalau nak kukus makanan yang sikit. Padahal alat pengukus ada je tapi rasa sayang nak bawa keluar, nanti kena basuh semula, tak berbaloi.

"Setuju! Cara macam ni senang kerja. Tak perlu leceh nak bawa keluar alat pengukus besar gedabak tu," demikian kata sebahagian warga maya. - Chef As

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain