SECARA umumnya, bateri kereta direka untuk bertahan antara dua hingga tiga tahun. Namun begitu, jangka hayat bateri kereta bergantung kepada beberapa faktor termasuk jenis bateri, corak pemanduan serta penjagaan kereta masing-masing. Dalam sesetengah kes, bateri kereta mereka hanya mampu bertahan setakat satu tahun sahaja. Apa yang menyebabkan situasi tersebut berlaku? ARTIKEL BERKAITAN: Ada 6 petunjuk bateri kereta bakal tamat hayat... Jika ada salah satu, boleh terus ke bengkel ganti baharu Menerusi perkongsian @altimatautogarage, sebenarnya situasi berkenaan boleh berpunca daripada sikap pemilik kereta tersebut sendiri. Ujarnya, segelintir pemilik kereta tanpa sedar memiliki dua tabiat buruk yang boleh mengurangkan jangka hayat bateri iaitu: Dashcam yang mempunyai mode parking mampu menjadi punca bateri kereta tidak tahan lama. -Gambar hiasan 1) Penggunaan kamera papan pemuka (dashcam) - Ada sesetengah pemilik kereta menggunakan dashcam dengan mode parking yang boleh merakam untuk tempoh 24 jam. Apabila enjin kereta sudah dimatikan, namun dashcam masih menyala dan merakam. Secara tidak langsung, ia menyebabkan bateri drain. 2) Membiarkan suis kereta pada mode 'on' - Tabiat buruk segelintir pemilik kereta adalah membiarkan suis berada pada mode 'on' biarpun enjin dimatikan, semata-mata mahu mendengar radio ketika menunggu seseorang dalam tempoh agak lama. Tabiat ini jika sering dilakukan secara berulang, bateri kereta akan cepat 'kong'. Seeloknya jika menunggu untuk tempoh yang lama, tunggu di luar kenderaan. Pastikan anda menutup sistem audio, lampu dan pendingin hawa sebelum keluar kereta. -Gambar hiasan Tip untuk memanjangkan hayat bateri kereta dan memastikan prestasi optimum: 1) Elakkan perjalanan singkat yang kerap kerana ia tidak memberi masa yang cukup untuk bateri dicas sepenuhnya. 2) Sebelum keluar daripada kereta, pastikan semua lampu, sistem audio, dan pendingin hawa dimatikan untuk mengelakkan pembaziran tenaga yang tidak perlu. 3) Cara memasang bateri kereta yang betul memainkan peranan penting untuk memastikan bateri tahan lebih lama. 4) Terminal bateri akan terhakis daripada semasa ke semasa, namun memastikan ianya sentiasa dibersihkan daripada pembentukan sisa-sisa dan karat adalah langkah yang baik untuk panjangkan jangka hayat bateri kereta anda. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube