KITA sering dipaparkan dengan berita mengenai kes kebakaran rumah yang salah satunya berpunca akibat kebocoran gas memasak. Apa yang ditakuti, kemalangan ini bukan sahaja menyebabkan harta benda hilang sekelip mata, malah boleh mengakibatkan kecederaan serius ataupun kehilangan nyawa. Justeru adalah penting untuk mengambil tahu dan mempelajari langkah-langkah pencegahan sekiranya berlaku kebocoran gas memasak untuk mengelakkan kejadian tidak diingini. ARTIKEL BERKAITAN: Kali ini pasti menjadi... Tukang masak kongsi 4 tip elak minyak meletup masa goreng ikan Berikut merupakan enam tip pencegahan yang boleh dilakukan suri rumah, sebagaimana yang dikongsikan di laman Facebook Masak Apa Hari Ni: 1) Yakin diri dan pantas tutup saluran tempat keluar gas tersebut. Jangan picit atau lipat getah gas kerana masih ada gas yang keluar. Tujuannya adalah untuk menghalang gas dan udara bercampur yang akan menyebabkan api cepat merebak. 2) Setelah api dipadamkan, lepaskan saluran. Tak mengapa gas keluar asalkan tiada sumber haba yang boleh menjadi api. Tutup injap gas. 3) Jika takut, beranikan diri dengan menutup atau padamkan api menggunakan kain buruk yang basah untuk melemaskan api dan kemudian tutup injap gas. Kes kebakaran yang berlaku kerana kebocoran gas. -Gambar hiasan 4) Jika anda terbau gas, jangan panik. Elakkan dari menyalakan sebarang punca api seperti mancis atau lighter. Buka semua tingkap dan pintu supaya udara ada ventilation. Periksa dapur dan ambil tindakan susulan menutup injap gas. 5) Jika saluran injap utama gas (kepala besi pada gas) tersebut rosak dan anda dengar bunyi gas keluar, periksa guna air sabun. Tempat bocor akan menghasilkan buih. Jadi tutup atau sumbat sahaja dengan apa-apa yang sesuai. Jangan sesekali baiki sebab bukan kepakaran anda. Hubungi pengedar dan maklumkan penukaran gas yang baru. 6) Pastikan beli injap atau getah saluran yang diiktiraf dan diperakui oleh badan profesional seperti Sirim dan sebagainya. Pendek kata, jika berdepan dengan situasi ini, jangan panik. Barulah kita boleh ambil tindakan 4D iaitu Deter (mencegah risiko berlaku), Detect (mengesan punca berlaku), Delay (lengahkan ancaman dari terus berlaku) dan akhir sekali Do Action (ambil tindakan yang boleh mengurangkan risiko). Semoga bermanfaat! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube