PASTI ramai yang gemar bercucuk tanam di halaman rumah, bukan sahaja untuk mengisi masa lapang tetapi juga mahu berbudi kepada tanah. Lazimnya, tanaman sayur-sayuran yang renek menjadi pilihan kerana mudah dijaga dan cepat dituai, contohnya pokok kucai. Tidak sah rasanya kalau tiada daun kucai kalau buat cekodok bilis, kuetiau goreng atau char kuey teow. ARTIKEL BERKAITAN: Suka hurung buah dan sayur, masuk dalam peti ais! Wanita ajar buat racun DIY halau bari-bari Bagi yang menanam pokok kucai di rumah, anda wajib belajar bagaimana cara untuk membuat tanaman ini agar cepat membiak, subur dan 'gemuk-gemuk' sebagaimana yang dikongsikan seorang pelayar, Yuziyana Yusop menerusi laman Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri. Berikut adalah tip yang dikongsikannya: 1) Baja - Gunakan baja organik contohnya baja kopi, baja soya, baja tahi ayam, baja tahi kambing, air beras. Kekerapan membaja adalah antara 10 hingg 14 hari sekali. 2) Tanah - Tanah yang paling sesuai adalah tanah hitam berpasir, tanah kompos, tanah organik, tanah sawit atau apa-apa tanah yang poros dan subur. - Tanah yang paling tak sesuai untuk kucai adalah topsoil (tanah merah) atau apa-apa tanah yang keras. Cucur udang lebih enak jika diletakkan daun kucai. -Gambar hiasan 3) Cuaca - Pencahayaan penuh dari pagi hingga petang. Separa teduh jika musim terlalu panas. Elakkan dedahan cahaya lampu pada waktu malam. Ini kerana cahaya lampu menyebabkan pokok stres dan akan mengeluarkan bunga. Kucai yang berbunga selalunya lebih kurus. 4) Siram - Dua kali setiap hari sudah memadai. Jika musim panas, siram tiga kali sehari. 5) Menuai - Seeloknya dua minggu sekali. Tapi jika musim kemarau boleh terlajak hingga tiga minggu sekali kerana kucai lambat membesar Ketika musim kemarau. Kucai perlu kerap dituai untuk elakkannya berbunga. 6) Cara percepatkan pembiakan - Letak di tempat teduh supaya kucai mengeluarkan banyak anak - Bila banyak anak, pecahkan dan tanam semula dalam pasu atau polibag berasingan - Kucai yang terdedah tempat panas akan menjadi lebih gemuk. Jadi, selepas pecahkan anak-anak kucai, alihkan ke tempat panas Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube