suria

Leceh nak tukar syiling di bank? Cari je kiosk Kocek, duit dikreditkan terus dalam akaun

Urusan menukar wang syiling lebih mudah dengan Kocek.

JIKA membeli sesuatu menggunakan transaksi tunai, mesti kita akan dapat duit syiling sebagai baki.

Apabila selalu kumpul dalam tabung, sedar-sedar syiling pun dah membukit.

Bagi yang suka mengumpul syiling, sebenarnya sudah ada cara yang sangat mudah untuk menukarkan dan menyimpan simpanan anda.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ‘pandang rendah’ pada duit syiling... Dalam diam wanita ini kumpul ratusan ringgit, tukar di mesin ‘coin deposit’ je

Wang akan dikreditkan terus ke akaun bank anda tau.

Cara-caranya:

1) Lawati kiosk perkhidmatan penukaran duit syiling, Kocek, dengan membawa wang syiling

2) Berikan wang syiling kepada kakitangan Kocek. Wang syiling akan dimasukkan ke dalam mesin untuk pengiraan

3) Muat turun aplikasi MyPay

4) Selepas selepas, imbas kod QR

5) Wang akan dikreditkan ke dalam akaun bank dalam tempoh tiga hari

Oh ya, kiosk Kocek tersedia di lokasi berikut:

1) Berjaya Times Square

2) NSK Trade City Kuchai Lama

3) Subang Parade

4) Pos Malaysia Kuala Lumpur

5) Pos Malaysia Shah Alam

6) Pos Malaysia Kajang

7) Pos Malaysia Bandar Baru Bangi

Untuk pengetahuan, kiosk Kocek dibuka setiap hari termasuk Ahad dari pukul 10 pagi hingga 7 petang.

Jika mahu lebih mudah, anda boleh tetapkan temujanji menerusi aplikasi MyPay.

Jadi tak perlu susah payah nak beratur di bank untuk urusan tukar duit syiling ni. Mudah bukan? Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

tukar duit syiling, kiosk Kocek,

Artikel Lain