BERAPA kali kekerapan anda ke stesen minyak untuk mengisi minyak kenderaan? Ada antara kita yang mengisi minyak seminggu sekali, ada juga yang mungkin lebih kerap daripada itu. Ketika sedang mengisi petrol atau diesel, mungkin ada dalam kalangan kita yang perasan kewujudan butang kecemasan (emergency button) berwarna merah pada pam minyak. ARTIKEL BERKAITAN: Leceh nak tukar syiling di bank? Cari je kiosk Kocek, duit dikreditkan terus dalam akaun Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah fungsi sebenar butang kecemasan tersebut? Menerusi satu video yang dimuat naik oleh Petronas Sri Hartamas di TikTok, seorang kakitangannya berkongsi kepada umum mengenai fungsi butang kecemasan berkenaan yang boleh digunakan orang ramai ketika berdepan dengan situasi seperti berikut: 1) Kebakaran - Kita sedia maklum, sudah ada beberapa kes kebakaran yang berlaku di stesen minyak. Biarpun dilengkapi dengan alat pemadam api, namun kita boleh bertindak pantas dengan menekan butang ini. 2) Tumpahan minyak - Situasi ini boleh terjadi sekiranya nozel tidak berfungsi dengan baik iaitu tiada auto-stop. Ketika inilah butang kecemasan memainkan peranannya. Oh ya, menurut kakitangan tersebut lagi, butang kecemasan juga boleh ditekan sekiranya pengguna ternampak kereta dengan nombor pendaftaran asing mengisi petrol RON95! Untuk pengetahuan bersama, fungsi butang ini adalah untuk menghentikan aliran minyak secara automatik apabila ditekan. Jadi, secara tidak langsung, anda boleh bertindak pantas sekiranya berlaku situasi tidak diingini. Semoga bermanfaat! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube