PASTI ramai dalam kalangan kita yang pernah mendengar pantang larang atau petua tertentu daripada orang tua-tua ketika bercucuk tanam. Antaranya, pekebun dilarang bercakap ketika menanam jagung kerana dikhuatiri isi buahnya akan jarang. Malah ada juga yang kata, isi jagung tidak penuh kerana tukang tanamnya bergigi rongak. ARTIKEL BERKAITAN: Tanaman tak menjadi, bukan main hentam je... Amalkan 6 tip ini, pokok kucai pasti ‘gemuk-gemuk’ Memang lucu tetapi ungkapan sedemikian masih kedengaran dalam kalangan masyarakat kita hingga kini. Namun hakikatnya, punca isi buah jagung yang jarang dan tidak padat adalah disebabkan pendebungaannya tidak berlaku dengan baik. Bagi mereka yang menanam jagung, berikut adalah tip untuk menghasilkan jagung dengan isi penuh dan padat sebagaimana perkongsian seorang graduan jurusan Sains Kimia yang juga petani moden, CEO Ayam Belanda. "Nak bagi isi jagung penuh dan rapat, kita kena kahwinkan bunga jantan dengan bunga betina. "Bunga pada bahagian atas (pucuk) yang berdebu itu adalah bunga jantan. Manakala bunga halus-halus pada putik jagung adalah bunga betina," kongsinya menerusi satu video di TikTok. Bunga jantan perlu 'dikahwinkan' dengan bunga betina agar isi jagung padat dan rapat. Caranya: 1) Boleh goncangkan bunga jantan supaya debu-debu halus jatuh atas bunga betina 2) Cara kedua, boleh kumpulkan debu-debu bunga jantan dan tabur di atas bunga betina yang berbulu halus Menurutnya lagi, waktu yang sesuai untuk mengahwinkan bunga jantan dengan bunga betina adalah pada waktu pagi iaitu antara pukul 8 pagi hingga 10 pagi. "Ini kerana pada waktu ini, bunga jantan memang dah betul-betul kembang dan memang sesuai untuk kita buat pendebungaan," kongsinya lagi. Lepas cuba cara ini, hasilnya jagung tanaman anda mempunyai isi yang penuh dan padat seperti beli di pasar. Selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube