suria

Cara paling mudah nak tahu jika allignment kereta dah ‘lari’, wanita pun boleh buat

Tayar merupakan antara komponen paling penting untuk memastikan pemanduan selamat. -Gambar hiasan

SEBAGAI pemandu kereta, kita pasti mahu memastikan perjalanan dari titik permulaan berakhir dengan selamat ke destinasi yang dituju.

Namun ada kalanya, kita berdepan dengan situasi kurang menyenangkan apabila stereng kereta terasa berat.

Malah, kereta juga secara tiba-tiba bergerak ke kiri dan kanan ketika dipandu di jalan yang lurus.

Jika anda berada dalam situasi ini, besar kemungkinan allignment kereta sudah terjejas dan perlu dibawa ke bengkel dengan segera.

Menurut akaun TikTok BerdegupBerdegapTayarDanServis, pemandu boleh membuat pemeriksaan sendiri sebelum mereka datang ke bengkel.

Kenneth TehCompany          : Kit Loong Commercial Tyre

Segera ke bengkel jika keadaan tayar kereta anda mula menjejaskan pemanduan. -Gambar hiasan

Malah, tekniknya juga cukup mudah dan boleh dilakukan oleh semua orang termasuklah pemandu wanita.

"Macam mana kita nak tahu allignment kereta kita tu lari ke kiri atau ke kanan? Mudah saja.

"Anda bawa kereta dengan kelajuan 60 ke 80 km/j pada jalan yang lurus dan lepaskan stereng, tengok ia pergi ke kiri atau ke kanan.

"Kalau ada masalah itu, terus datang ke bengkel berdekatan dengan anda," ujar pengendali akaun TikTok itu.

Kelebihan allignment yang baik

1. Memanjangkan jangka hayat tayar.

2. Menjimatkan bahan api dengan perjalanan yang lebih lancar.

3. Meningkatkan keselesaan memandu dan keselamatan.

Artikel Lain