suria

Rumah sewa macam tempat pelupusan sampah! Peguam pesan jangan pecah masuk, ini cara halau penyewa degil

Hoader juga dikaitkan sebagai sejenis gangguan kesihatan mental. -Gambar hiasan

KISAH seorang pempengaruh media sosial yang didakwa merosakkan rumah sewa didiaminya di Selangor kecoh menjadi perbualan warga maya.

Menurut individu yang membuat pendedahan itu, pempengaruh berkenaan menyewa sebuah kediaman milik ibunya.

Dia turut mendakwa ibunya mengalami kerugian kira-kira RM33,000, termasuklah tunggakan bil elektrik berjumlah RM16,000.

Berdasarkan perkongsian itu juga, pempengaruh tersebut didakwa mengalami masalah hoarding disorder iaitu sejenis gangguan kesihatan mental melibatkan kecenderungan menyimpan barang-barang secara berlebihan.

Susulan itu seorang peguam yang dikenali sebagai Syafiq tampil berkongsi tindakan yang boleh diambil pemilik kediaman daripada sudut undang-undang jika berdepan kejadian serupa.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Hoarding disorder' bukan sekadar tabiat kumpul barang lama tapi petanda masalah mental

"Viral tentang influencer sewa rumah tapi tak jaga rumah. Pokok bunga dah jadi hutan depan rumah. Bilik rosak, bil api dan bil air tunggakan beribu," tulisnya di TikTok.

Apa tuan rumah boleh buat melalui undang-undang?

1. Notis penamatan tenancy (sebab langgar kontrak).

2. Minta kosongkan rumah dalam masa 14 hari.

3. Kalau tak berkesan juga, tak boleh pecah masuk rumah. Anda berkemungkinan kena tindakan saman.

4. Buat laporan polis.

5. Dapatkan perintah mahkamah.

6. Perintah pelaksanaan (writ pemilikan/writ usir)

Artikel Lain

Suami Kiah Propa meninggal dunia