suria

Makan kurma sejak kecil tak pernah pun cuci dulu, ini sebabnya anda kini disaran ubah kebiasaan!

Pengendalian buah kurma sebelum dijual dikhuatiri tidak menepati piawaian kebersihan.

MASUK sahaja bulan Ramadan tentunya buah kurma menjadi antara juadah pilihan bagi rata-rata umat Islam di seluruh dunia.

Selain makanan sunah, buah ini juga kaya dengan khasiat, penting untuk memastikan tubuh kekal sihat dan bertenaga lebih-lebih lagi ketika menjalani ibadah puasa.

Bagaimanapun, sudah jadi kebiasaan dalam masyarakat kita kurma dimakan tanpa dicuci kerana rata-rata yakin dengan tahap kebersihan ketika pengendalian, bermula dari buah ini dipetik sehingga dibungkus.

Menurut seorang peniaga, Niena Samsir, kurma sebaiknya dicuci dahulu sebelum dimakan kerana dikhuatiri tercemar dengan kotoran selepas diambil daripada ladang.

"Tak kisahlah awak beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolonglah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.

"Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma," tulisnya dalam satu posting di Facebook.

Buah kurma perlu dicuci bagi mengelakkan sebarang penyakit.

Tambahnya lagi, pihak pembekal hanya membersihkan kurma yang dipetik dengan cara mengelap permukaan buah tanpa menggunakan air.

"Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan kepada saya, cucilah kurma sebelum makan.

"Tak kan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, seller tak boleh nak cucikan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama," katanya.

Malah, ada juga yang menyarankan agar isi buah tersebut dikopek dahulu  dari bijinya sebelum dimakan bagi memastikan tiada sebarang serangga di dalamnya.

Justeru, tindakan membersihkan kurma adalah penting untuk mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk atau sakit perut.

Cara-cara mebersihkan buah kurma:

1) Rendam dengan air garam sekitar 5 hingga 10 minit

2) Bilas dengan air bersih

3) Tapis dan didsarankan untuk jemur di bawah matahari agar tekstur kurma kembali 'juicy'

4) Jika tidak dijemur, kurma juga boleh terus dimakan atau disimpan di dalam peti sejuk.

 

Artikel Lain