suria

Mekanik tak jujur, pandai-pandai tukar alat ganti demi untung lebih... Peguam ajar cara heret ke tribunal pengguna

Penyelenggaraan secara berkala boleh memanjangkan jangka hayat kenderaan. -Gambar hiasan

PERNAHKAH anda menghantar kereta untuk diperiksa ke bengkel servis kenderaan tetapi akhirnya ‘dipaksa’ membayar caj bagi kerja-kerja membaiki yang langsung tiada dalam persetujuan?

Bukan itu sahaja, ada juga situasi bahagian rosak cuma sedikit tetapi caj yang dikenakan pula tidak masuk akal dan melampau.

Menurut peguam Gandhi Panala, pengguna yang berdepan situasi sedemikian boleh menuntut hak mereka di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sehingga RM50,000.

Ini kerana, pengguna terlindung di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999, iaitu tentang urus niaga yang tidak boleh dilakukan pemilik perniagaan serta mengemukakan hak-hak pengguna di Malaysia

“Mekanik tidak boleh caj atau buat kerja membaiki tanpa kebenaran dan jika ditipu, anda boleh menuntut pampasan serta tindakan pembetulan,” jelasnya menerusi video di TikTok.

Gandhi berkongsi perkara itu menerusi hantaran di TikTok.

Berikut adalah cara membuat tuntutan TTPM:

1. Anda boleh memfailkan kes secara online di laman web rasmi Tribunal Tuntuan Pengguna.

2. Pastikan anda sertakan bukti-bukti penting seperti laporan polis, resit pembayaran serta gambar dan video.

3. Hadir ke tribunal pada tarikh pendengaran yang ditetapkan.

4. Bagi proses tuntutan ini, anda tidak memerlukan khidmat peguam mewakili anda.

Artikel Lain