suria

Semarakkan Aidilfitri, Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets tawar promosi luar biasa… Jimat sehingga 80 peratus!

Semarakkan semangat musim perayaan dengan Rumah Warisan Aidilfitri di Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets.

MUSIM perayaan adalah saat yang paling dinanti-nantikan, di mana setiap orang berkumpul dan berkongsi kegembiraan bersama keluarga, rakan-rakan serta insan tersayang.

Membeli-belah untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri sudah menjadi tradisi tahunan. Orang ramai tentunya sibuk mencari pakaian baharu, kuih raya, dan pelbagai keperluan bagi menyambut lebaran. 

Sempena kedatangan 1 Syawal pada tahun ini, orang ramai diundang untuk menikmati kemeriahan sambutan Hari Raya di Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets.

Bermula 21 Mac hingga 1 April, para pelanggan berpeluang menikmati penjimatan luar biasa sehingga 80 peratus, ganjaran eksklusif, hadiah berupa makanan dan minuman percuma, serta pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Di antaranya adalah, merakam detik keceriaan dengan high angle photobooth, menikmati pemberian belon percuma daripada badut yang menghiburkan, lukisan muka percuma, serta pengalaman menyertai bengkel DIY rantai kunci peribadi.  

Jangan lepaskan peluang merakam memori indah di Rumah Warisan Aidilfitri yang dihias dengan latar sempurna untuk mengabadikan kenangan bersama. 

Lebih mengujakan, kedua-dua Premium Outlets menawarkan hadiah eksklusif kepada pelanggan.

Dari 21 hingga 23 Mac, pelanggan yang berbelanja RM3,000 ke atas berpeluang menebus botol eksklusif Premium Outlets Montigo Cielo Ace.

Sementara itu, bagi yang berbelanja RM1,200 ke atas pula, mereka layak menebus set hadiah HOOGA White Series. 

Lemparkan senyuman! Nikmati pemberian belon daripada badut yang menghiburkan sempena musim perayaan ini.

Lemparkan senyuman! Nikmati pemberian belon daripada badut yang menghiburkan sempena musim perayaan ini.

Selain itu, dari 7 Mac hingga 1 April, pelanggan yang berbelanja RM400 dalam satu resit berpeluang menebus Sampul Aidilfitri Premium Outlets yang direka khas oleh artis cat air terkenal, Ryzalman Misran. Rekaan Istimewa ini menampilkan suasana kemeriahan Hari Raya Aidilfitri yang penuh warna-warni dan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. 

Di Genting Highlands Premium Outlets dari 21 hingga 23 Mac, mulai 6 petang, 100 pelanggan terawal setiap hari berpeluang menikmati hadiah makanan dan minuman percuma daripada outlet terpilih.

Antaranya adalah, Harimau Brown Sugar Milk Tea daripada Coolblog, Original Glazed Doughnuts atau Donat Pelbagai Perisa daripada Krispy Kreme Doughnuts, Nasi Lemak Combo daripada Marrybrown dan Iced Double Chocolate daripada The Coffee Bean & Tea Leaf.  

Musim perayaan yang mengujakan buat kanak-kanak! Nikmati lukisan wajah percuma sewaktu Jualan Musim Perayaan.

Musim perayaan yang mengujakan buat kanak-kanak! Nikmati lukisan wajah percuma sewaktu Jualan Musim Perayaan.

Sementara itu, di Johor Premium Outlets dari 21 hingga 23 Mac, mulai 10 malam, 100 pelanggan terawal setiap hari  berpeluang menikmati aiskrim Cookies ‘n Cream daripada Baskin-Robbins, set BK Chick’N Crisp daripada Burger King, Caramel Macadamia Cheesecake daripada DÔME Café dan Iced Spanish Latte daripada ZUS COFFEE secara percuma.

Johor Premium Outlets juga turut menawarkan kemudahan tambahan untuk pelanggan yang mementingkan kelestarian alam dengan menjadi hab pengecasan EV pantas terbesar di Asia Tenggara. 

Dengan 50 pengecas EV berkuasa tinggi yang membekalkan Direct Current (DC) antara 280kW hingga 475kW, pelanggan boleh mengecas kenderaan mereka sambil menikmati pelbagai tawaran istimewa sempena Jualan Musim Perayaan.

Waktu operasi Jualan Musim Perayaan di Genting Highlands Premium Outlets adalah dari 10 pagi hingga 10 malam, bermula 21 Mac hingga 1 April 2025.  

Johor Premium Outlets pula beroperasi dari 10 pagi hingga 12 tengah malam dari 21 hingga 23 Mac untuk jualan tengah malam, dan dari 10 pagi hingga 10 malam dari 24 Mac hingga 1 April.  

Jadi tunggu apa lagi? Dengan segala tawaran menarik, Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets adalah lokasi terbaik untuk anda membeli-belah sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.premiumoutlets.com.my untuk senarai lengkap kedai serta perkhidmatan pelanggan terkini.

 

Artikel Lain