suria

Cara periksa kotak suis utama setiap bulan, elak kebakaran litar pintas... Mak-mak pun boleh buat sendiri

Terdapat arahan yang meminta supaya ia ditekan setiap bulan.

LITAR pintas sering menjadi punca utama kebakaran sesebuah rumah atau bangunan. 

Bagaimanapun terdapat kaedah terbaik dan mudah untuk mengelakkan kejadian litar pintas daripada berlaku. 

Golongan wanita pun boleh lakukan sendiri.

Menurut FAFIQ Electrical Service Balai Bomba dan Penyelamat, Earth Leakage Circuit Breaker atau pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) yang berada di  kotak suis utama adalah sangat penting. 

Oleh itu, penghuni rumah perlu melakukan pemeriksaan berkala ataupun sekali dalam sebulan.

“Caranya ialah dengan menekan butang 'push to trip' di sebelah punat automatik tersebut. 

“Jika setelah ditekan butang 'push to trip' automatiknya jatuh, bermakna ELCB berada dalam keadaan baik.

“Tetapi jika sebaliknya, cepat-cepatlah menghubungi wiremen untuk menukar yang baharu,” ujarnya.

Peringatan: Apabila tekan butang 'push to trip', rumah akan black out kerana bekalan elektrik telah diputuskan. 

Oleh itu, jangan bimbang kerana anda hanya perlu menolak semula ke ke atas dan bekalan elektrik akan kembali seperti sedia kala.

Artikel Lain