DIGUNAKAN setiap hari membuatkan tuala mudah kelihatan lusuh dan buruk walaupun sentiasa dicuci pada hujung minggu.
Bagi tuan rumah, pasti meresahkan jika ada tetamu yang berkunjung dan ingin bermalam, maklumlah tuala antara keperluan yang perlu disediakan.
Anda yang sering didatangi tetamu, bolehlah mencuba tip yang dikongsikan Para Sayo di laman Facebook miliknya.
Tuala kusam dan kehitaman akan kelihatan cantik bersih, malah lebih lembut serta gebu.
Paling penting tak perlu lagi beli tuala baharu apabila ingin pulang ke kampung halaman bagi menyambut perayaan.
Bahan-bahan:
1 sudu pencuci
1 sudu baking soda
4 sudu cuka
Cara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan.
2. Kacau sehingga semuanya larut dan sebati.
3. Kemudian campurkan dengan air sehingga semua tuala tenggelam.
4. Rendamkan selama satu jam.
5. Seterusnya berus tuala dan basuh dengan air bersih. Kotoran keluar dengan mudah.
Tip: Pakaian putih dan berwarna juga boleh menggunakan kaedah yang sama.