CUACA panas terik membuatkan sesiapa sahaja tidak selesa untuk berada dalam premis tanpa memasang pendingin hawa.
Perkara sama dirasai mereka yang memarkir kenderaan di tempat terbuka kerana bahang yang terperangkap membuatkan kulit terasa pedih dan sakit.
Jika anda terpaksa meletakkan kenderaan di kawasan terbuka, lakukan dua perkara ini bagi mengelakkan kepanasan melampau.
1. Flap aircond ditutup sewaktu memandu
Ramai yang terlepas pandang perkara ini dan membiarkannya sentiasa terbuka.
Sewaktu memandu pastikan anda tutup flap aircond kereta.
Ia membolehkan pengudaraan kereta beredar di dalam kereta sahaja dan menghasilkan udara yang sejuk serta nyaman sepanjang pemanduan.
Pengaliran udara penting bagi mengekalkan suhu sejuk.
2. Semasa parkir, pastikan flap aircond dibuka
Apabila memarkir kereta di kawasan tidak berbumbung dan ditambah pula dengan cuaca panas, jangan pula tutup flap aircond.
Sebaliknya, biarkan ia terbuka agar udara panas tidak terperap dalam kereta. Ini bertujuan agar udara keluar masuk dan menjadikan kereta kurang panas.
Tidak perlu nak turunkan cermin kereta untuk ventilation.