suria

Malu sangat bilik air dah bau macam tandas awam! Jangan runsing, tiga bahan ini mampu tutup ‘aib’ tuan rumah

Semburan semulajadi yang dihasilkan menghilangkan bau hancing.

SESIAPA sahaja pasti resah dan runsing setiap kali ingin menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri.

Maklumlah tandas di rumah akan menjadi tempat tumpuan kerana kebanyakan tetamu datang dari pelbagai lokasi.

Apabila menjadi tandas ‘awam’, tidak mustahil bau busuk dan hancing akan menyelubungi ruang dapur yang kebiasaannya berada berdekatan.

Paling merimaskan apabila ia sukar untuk dihilangkan. 

Bagi anda yang buntu dan masih mencari jalan penyelesaian, cubalah hasilkan semburan semula jadi seperti yang dikongsikan di laman Facebook Kata Viral. 

Bukan sahaja menghilangkan bau, tetapi ia juga meninggalkan aroma segar dan menyenangkan di bilik air.

Bahan-bahan:

2 biji lemon

5-10 kuntum bunga cengkih

1 sudu cecair vanila

1 cawan air

Cara penyediaan:

1. Hiriskan lemon secara nipis. Memandangkan ia bebas racun perosak, ia lebih berkesan untuk menghilangkan bau.

2. Didihkan bunga cengkih dalam periuk kecil bersama air selama kira-kira 5 minit untuk mengeluarkan pati minyak.

3. Kemudian gabungkan semua bahan bersama vanila. 

4. Biarkan campuran tersebut selama 10 minit supaya betul-betul sebati. 

5. Tapis cengkih dan hirisan lemon, kemudian tuangkan cecair ke dalam botol semburan.

6. Apabila ingin gunakan, hanya semburkan di sekitar tandas, dinding, dan kawasan di mana bau air kencing paling kuat.

7. Boleh juga menggunakannya untuk membersihkan lantai bilik air.

Tip: Pastikan pengudaraan tandas baik dan lakukan pembersihan mendalam sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Artikel Lain