suria

Bermula di Amerika, makin ramai Gen Z dikatakan beralih ke telefon bimbit asas... Bosan dengan smartphone!

Telefon pintar memudahkan hubungan dan komunikasi masyarakat secara dalam talian. -Gambar hiasan

MESTI ramai tidak percaya, apabila anak muda masa kini atau lebih sinonim dengan panggilan Gen Z sedang beralih daripada menggunakan telefon pintar (smartphone) kepada telefon bimbit asas.

Memetik laporan CNBC Indonesia, kebanyakan daripada mereka meluahkan kebosanan menggunakan peranti tersebut.

Malah pempengaruh 'dumb phone' atau telefon bimbit asas, Jose Briones menyatakan, kelompok generasi ini sudah mula bosan dengan paparan skrin pada telefon pintar.

Tambahnya, trend peralihan tersebut telah pun bermula di Amerika Syarikat sejak beberapa tahun lalu.

Penjualan telefon bimbit asas itu juga dikhabarkan melonjak sehingga mencapai puluhan ribu unit dalam tempoh satu bulan pada 2022.

Gen Z kembali bersosial tanpa smartphone. -Gambar hiasan

Gen Z kembali bersosial tanpa smartphone. -Gambar hiasan

Bagaimanapun, pasaran peranti generasi dahulu ini masih didominasi oleh masyarakat Timur Tengah, Afrika dan India dengan skala 80 peratus seperti laporan Penyelidikan Counterpoint.

Dalam pada itu, laman Instagram Folksmanti mengulas tiga faktor kenapa kelompok Gen Z mahu beralih ke peranti asas tersebut.

1. Rasa tepu terhadap telefon pintar, yang terus menghubungkan mereka dengan dunia digital tanpa henti.

2. Keinginan untuk 'detoks' digital, kerana menyedari kesan negatif seperti ketagihan menggunakan media sosial dan gangguan kesihatan mental.

3. Peningkatan fokus dan kesejahteraan, kerana penggunaan telefon bimbit asas membuatkan mereka lebih bersosial dengan individu lain.

 

Artikel Lain