suria

Tak sangka pula daun betik boleh halau lalat! Makin berkesan jika tambah sedikit garam

Daun betik dipercayai dapat menghalau lalat.

MEMANG merimaskan apabila terdapat beberapa ekor lalat menghurung makanan yang terhidang di atas meja.

Kalau dibiarkan, tidak mustahil akan terdapat telur lalat dan renga yang seterusnya mengakibatkan keracunan makanan kepada manusia.

Pengusaha kedai makan dan warung pastinya runsing apabila meja makan dihurung lalat kerana akan memberi tanggapan negatif kepada pelanggan.

Bagi mengelakkannya daripada terus berlaku, apa kata anda mencuba tip yang dikongsikan Ellyna Merican di laman TikTok miliknya.

Garam diletakkan di dalam daun betik.

Garam diletakkan di dalam daun betik.

Dia juga turut melakukan amalan yang sama selepas rumahnya turut 'diserang' serangga yang mampu menyebarkan penyakit itu.

Bukan sahaja tiada lalat, ia juga boleh menjadi dekorasi cantik dan segar di meja makan anda.

Cara-caranya:

1. Ambil dua atau tiga tangkai daun betik yang segar.

2. Kemudian sediakan bekas atau pasu kecil berisi air.

3. Potong sedikit bahgian batang daun betik tadi dan letakkan ke dalam pasu.

4. Letakkan sedikit garam ke atas daun.

5. Pasu berkenaan bolehlah diletakkan di atas meja makan atau mana-mana lokasi yang dihurung lalat.

Artikel Lain