PENINGKATAN jumlah mangsa scammer atau penipuan dalam talian membuatkan masyarakat berasa takut-takut ketika menggunakan telefon pintar.
Tambahan pula, kerugian yang direkodkan melibatkan ribuan ringgit sehingga ada yang hampir mencecah angka juta.
Berdasarkan laporan, kebanyakan mangsa terjebak apabila ditawarkan pulangan wang dan hadiah mewah menerusi panggilan telefon.
Mereka kemudiannya mengklik pautan yang diberikan scammer seterusnya membolehkan telefon pintar diakses secara tersembunyi oleh penggodam (hacker).
Bimbang situasi itu berterusan, penceramah bebas yang juga pegawai bersara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rahmat Fitri berkongsi beberapa tip bagi mengetahui kewujudan penggodam dalam telefon pintar.
1. Lihat lampu di bahagian atas telefon
Setiap telefon pintar dilengkapi dengan ciri keselamatan tersendiri.
Jika anda merasakan diri diperhatikan atau data dicuri, cuba periksa bahagian atas telefon bimbit sama ada terdapat lampu merah atau hijau yang sentiasa menyala.
Lampu tersebut menunjukkan tanda bahawa penggodam atau scammer sedang merekod dan mendengar apa sahaja aktiviti yang dilakukan anda.
Paparan 'disable' menunjukkan peranti berada dalam keadaan 'selamat'.
2. Dial kod panggilan *#21#
Selepas mendial nombor *#21#, skrin telefon anda akan memaparkan beberapa laporan ringkas berhubung perisian dalam telefon bimbit.
Sekiranya menunjukkan 'disabled', bermakna telefon anda dalam keadaan 'selamat'.
Namun, jika sebaliknya, ia menandakan terdapat 'gangguan' dalam telefon dan anda perlu mengubah 'setting' supaya peranti berada dalam keadaan selamat.
3. Ubah setting jika terdapat 'disabled' pada perisian yang dipaparkan
Jika anda mendapati terdapat perkataan 'enable' dalam mana-mana paparan perisian, sila dial kod ##002# pula.
Selepas membuat panggilan, anda akan melihat paparan mesej yang menyatakan 'failed' atau 'success'.
Peranti anda berada dalam keadaan selamat apabila perkataan 'failed' dipaparkan sepenuhnya manakala perkataan 'success' bermaksud scammer dan hacker telah dikeluarkan.