suria

Bukan tak mahu pasang lampu jalan, rupanya ini sebab laluan Gerik-Jeli terus bergelap

Gajah termasuk binatang nokturnal yang aktif di malam hari. -Gambar hiasan

INSIDEN menyayat hati seekor anak gajah jantan mati digilis sebuah lori muatan ayam di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada awal pagi Ahad, masih mengundang perdebatan hangat di media sosial.

Antara topik hangat yang dibangkitkan netizen adalah ketiadaan lampu jalan di laluan berkenaan kerana dilihat menjadi antara punca kepada kemalangan berkenaan.

Justeru, mereka menggesa agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan termasuk mempertimbangkan untuk memasang lampu jalan di laluan berkenaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah gajah dianggap haiwan paling penyayang... Rupanya ada sistem sosial ‘allo-mothering’, saling lindungi anak-anak

Namun, seorang pelayar, @noorhafizkamsani tampil berkongsi pandangannya sekali gus menjawab persoalan mengapa laluan berkenaan tidak dipasang lampu jalan.

"Bukan sebab lupa pasang. Ada sebab yang kamu patut tahu. Laluan ini bukan lebuh raya biasa. Ia rentas hutan simpan, kawasan tadahan air, dan tanah rizab kerajaan.

"Maksudnya, kamu literally tengah drive dalam kawasan habitat haiwan liar macam gajah, tapir, harimau. 

ipmgajah 3...Motorists travelling along the Gerik-Jeli East-West Highway stop to look at the female elephant and her calf near Banding . pix by: osman baba/7-5-2006/ipoh/mazni mustafa. *** Local Caption *** This pair of pachyderms is not from a circus show. The elephant and calf had strayed onto the Gerik-JeliEast-West Highway near Banding at 3.30pm on Saturday forcing motorists to stop and watch. Theyquietly returned to the jungle after their stroll. See Page 14. -Picture by OSMAN BABA

Laluan yang merentasi hutan lazimnya mempunyai papan tanda untuk memberi peringatan kepada pengguna jalan raya mengenai kehadiran haiwan liar. -Gambar hiasan

"Kenapa tak pasang je lampu? Sebab cahaya buatan waktu malam mengganggu ekosistem. Haiwan nocturnal (aktif waktu malam) boleh stres, sesat atau jadi agresif.

"Pernah dengar 'pencemaran cahaya'? Lampu jalan pun penyumbang. Apabila laluan tu merentasi tengah hutan, lampu jadi masalah, bukan solusi," terangnya.

Penjelasan pelayar tersebut disokong warga maya lain yang berpandangan masih ramai tidak mempunyai pengetahuan tentang kepentingan menjaga keseimbangan antara pembangunan dan kelestarian alam sekitar, terutamanya apabila melibatkan kawasan hutan simpan dan habitat haiwan liar.

"Tanyalah mana-mana jurutera sivil, winding road (jalan berliku-liku) bukan dibuat suka-suka. Ia untuk perlahakan pergerakan kenderaan. Tak boleh pasang highway accessories, lampu, penghadang yang cukup… buatlah kaedah lain untuk perlahankan drivers

"Patutlah sesetengah negara luar, laluan merentas taman negara (hutan) sangat tak digalakkan lalu selepas pukul 5 petang. 

"Kerajaan boleh invest sikit dalam teknologi terkini. Gunakan sensor, maksudnya lampu jalan yang hanya akan menyala apabila mengesan lampu kenderaan, dan kemudian akan padam, tidaklah menyala sepanjang masa. Mahal? Invest. Kita yang ceroboh habitat mereka," komen netizen.

Artikel Lain