PERKAHWINAN aktres terkenal Indonesia, Luna Maya dengan Maxime Bouttier yang 10 tahun lebih muda daripadanya pada 7 Mei lalu, ternyata mengundang perhatian ramai.
Selain kagum dengan kejelitaan dan ketampanan pasangan sama santik sama padan itu, ia sekali lagi membuka perbincangan mengenai hubungan dengan perbezaan usia yang ketara, khususnya apabila wanita lebih berusia daripada pasangannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan muda mengadu tak puas tiap kali bersama, lepas ‘siasat’ doktor jumpa punca… Rupanya suami ada sisi gelap!
Menerusi satu artikel di laman Marriage.com, ia menyenaraikan empat kelebihan bagi wanita yang berpasangan dengan lelaki lebih muda, iaitu:
1. Lelaki muda selalunya lebih bertenaga daripada segi fizikal
Satu perkara yang perlu anda tahu apabila berpasangan dengan lelaki lebih muda ialah mereka biasanya mempunyai tenaga lebih tinggi, terutamanya secara fizikal.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa lelaki cenderung untuk menua lebih cepat berbanding wanita. Jadi, jika anda seorang wanita dalam lingkungan usia 30-an yang masih cergas dan aktif, anda mungkin dapati lelaki sebaya atau lebih tua sukar untuk 'mengejar' tenaga anda.
Lelaki yang lebih muda sekitar lima tahun mungkin lebih bertenaga dan mampu 'bersaing' dengan anda di bilik tidur, malah lebih bersemangat untuk berjoging pada bila-bila masa.
Bagi kebanyakan individu, faktor usia bukanlah penghalang untuk menjalinkan cinta. -Gambar hiasan
2. Lelaki muda biasanya kurang komitmen
Lelaki yang lebih tua selalunya sibuk dengan komitmen seperti anak-anak (duda) atau kerjaya yang menekan. Sebaliknya, lelaki muda biasanya belum terikat dengan tanggungjawab besar seperti itu.
Dia juga mungkin lebih fleksibel untuk janji temu spontan atau percutian hujung minggu kerana tidak terlalu terikat dengan komitmen penting.
3. Lelaki muda kurang bersikap sinis
Lelaki muda biasanya belum terlalu banyak pengalaman dalam hubungan, jadi mereka lebih terbuka dan optimistik tentang cinta.
Berbanding lelaki yang lebih berusia yang mungkin lebih berhati-hati atau dingin kerana pengalaman lalu, lelaki muda selalunya lebih bersemangat dan jujur dalam menunjukkan perasaan.
4. Lelaki muda sering mengagumi pasangan mereka
Walaupun hubungan dengan wanita lebih berusia kadangkala dipandang sinis oleh orang luar, lelaki muda selalunya berasa bangga.
Mereka mungkin lebih rajin memanjakan anda sama ada dengan hadiah, perhatian istimewa atau pujian.
Namun, jangan kekal dalam hubungan semata-mata kerana layanan manis jika tiada perasaan sebenar.
Buatlah pertimbangan sekiranya anda dan pasangan tidak menunjukkan persamaan untuk matlamat jangka panjang dalam perhubungan.