suria

Wani Kayrie kumpul beratus trofi dan piala, pernah menangis kerana pecah!

Mengumpul hadiah kemenangan berupa trofi dan piala merupakan hobi penyanyi Wani Kayrie.

MULA mengumpul piala serta trofi kemenangan sejak berusia tujuh tahun, penyanyi Wani Kayrie memberitahu dia pernah menangis kerana salah satu trofi kesayangannya pecah dan rosak.

Menurut Wani, 19, trofi tersebut dimenanginya semasa menyertai program realiti nyanyian Bintang Kecil RTM peringkat negeri Selangor pada tahun 2010.

"Trofi itu antara paling berharga dan saya pernah menangis kerana ia jatuh dan patah. Hadiah itu sangat bernilai dan rekaannya cantik diperbuat daripada kaca.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cukuplah lima tahun” - Wani Kayrie

"Disebabkan saya menangis, emak terpaksa pujuk dan cantumkan semula serpihan kaca itu menggunakan gam.

Wani menangis kerana trofi yang dimenangi selaku juara Pertandingan Akhir Bintang Kecil Peringkat Negeri Selangor 2010 terjatuh dan pecah.

"Alhamdulillah, ia dapat diselamatkan cumanya tidaklah secantik awal-awal dulu, namun nilainya tetap sama," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, bekas peserta program realiti Dangdut Academy Asia musim keempat (DAA4) ini memberitahu dia mempunyai lebih 100 buah trofi dan piala kemenangan.

Asalkan ada pertandingan saya pasti akan sertai, tak kisahlah pertandingan nyanyian di pasar raya atau di pasar larut malam.

WANI KAYRIE

PENYANYI

Hadiah tersebut dikumpul sejak berusia tujuh tahun ketika menyertai pertandingan nyanyian di pusat beli-belah.

Manakala trofi terkini diperolehi semasa dia mengikuti program nyanyian Big Stage yang bersiaran pada tahun lalu.

"Kalau dulu sebelum jadi artis, saya selalu menyertai program nyanyian dan pentas peragaan di mana-mana sahaja.

Dua hadiah paling bermakna bagi Wani Kayrie yang dimenangi pada tahun 2018 dan 2010.

"Asalkan ada pertandingan saya pasti akan sertai, tak kisahlah pertandingan nyanyian di pasar raya atau di pasar larut malam.

"Sekarang ni dah jadi penyanyi agak sukar nak menyertai pertandingan seperti itu kerana orang dah kenal," katanya.

Menyimpan hadiah kemenangan di satu sudut khas di ruang tamu kediamannya, Wani berkata idea tersebut datang daripada ibunya, Rukiah Kalapukong.

Sebahagian koleksi trofi, piala dan pingat yang diperolehi Wani dalam pelbagai pertandingan sejak berusia tujuh tahun.

Penyanyi lagu Aku Suka Kamu ini berkata, ibu memilih ruang tamu sebagai lokasi menyimpan trofi dan piala tersebut.

"Semua piala ini di letakkan di ruang tamu rumah, ibu sediakan satu rak khas untuk mempamerkan hadiah kemenangan tersebut.

"Ibu yang akan mengemas dan menyusun koleksi-koleksi yang ada. Sehingga kini, piala serta trofi itu masih dalam keadaan baik dan terjaga.

"Sekarang ini, ruangan tersebut semakin penuh dengan trofi serta pingat kerana adik saya turut mempunyai minat yang sama iaitu menyertai pelbagai pertandingan nyanyian dan acara sukan," ujarnya.

Wani Kayrie, trofi, hobi

Artikel Lain