suria

Jangan main letak saja! Jauhi 'handphone' anda dari 3 tempat ini

Telefon bimbit yang terlalu lama berada dalam poket seluar juga boleh memberi kesan kepada kesihatan.

TELEFON bimbit sudah jadi salah keperluan dan boleh dikatakan hampir 24 jam berdamping dengan pemiliknya setiap hari.

Tak kiralah ia digunakan untuk baca berita atau 'stalk' orang lain, harus diingat tabiat 'melekat' dengan telefon bimbit boleh memberi kesan malah membahayakan kesihatan anda.

Menurut Pengarah Kaji Selidik Alam Sekitar dan Toksikologi di Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat, Devra Lee Davis, radiasi alat elektronik atau khususnya gajet mampu menjadi punca kepada banyak masalah kesihatan.

"Paparan radiasi telefon bimbit terbukti memiliki kaitan dengan gangguan tidur, masalah jumlah sperma yang rendah sehinggalah tumor," katanya memetik News Medical.

Justeru, adalah lebih baik gajet kesayangan anda ini diletakkan di tempat yang sesuai supaya anda tidak menyesal suatu hari nanti kerana berlaku perkara tak diingini.

Berikut 3 tempat yang perlu dielakkan untuk menyimpan atau meletakkan handphone anda!

1. Bawah bantal

Terlalu ramai yang suka meletakkan telefon mereka di bawah bantal. Alasannya supaya dapat mendengar bunyi alarm pada waktu pagi. Namun tahukah anda tabiat ini dapat meningkatkan suhu dan sekali gus meningkatkan risiko kebakaran. Selain itu, lampu LED telefon juga mengganggu kualiti tidur. Jadi sebelum tidur, letak jauh-jauh telefon dari bantal anda, tidak kiralah semahal mana pun harganya!

2. Tandas/bilik mandi


Awas bagi mereka yang suka main game dalam tandas!

Bagi mereka yang 'hobi'nya membelek handphone atau main 'game' ketika membuang air kecil atau besar, sebaiknya hentikanlah amalan ini sekarang. Ini bagi menghalang lebih banyak bakteria 'menumpang' pada skrin dan keseluruhan permukaan telefon. Cuba bayangkan bakteria itu akan hinggap pula di tangan mahupun wajah tampan atau jelita anda selepas keluar dari tandas.

"Jika daya tahan tubuh tidak baik, bakteria ini akan membahayakan manusia sehingga berlakunya cirit-birit dan penyakit lain," katanya.

3. Poket seluar

Selain dua tempat di atas, sebaiknya cuba elakkan diri dari menyimpan telefon anda dalam poket seluar. Ya! Agak sukar. Tetapi, ahli terapi Lilly Friedman berkata radiasi telefon bimbit yang disimpan dalam poket akan meningkat berkali ganda.

"Apatah lagi jika anda menyimpannya dalam keadaan aktif. Jika dilakukan secara berterusan kebiasaan ini akan menyebabkan berlakukan tumor serta menurunkan tingkat kesuburan seorang lelaki terutamanya," katanya. -Tempo

simpan, telefon bimbit, kesihatan

Artikel Lain