suria

Bantal bentuk roti baguette jadi rebutan buat peneman tidur... Jangan makan pula!

Bantal roti baguette menjadi perbualan hangat netizen.

SIAPA yang tak suka makan roti? Boleh dikatakan setiap hari ia menjadi menu wajib terutama waktu sarapan, tambahan pula pada hari sibuk. Just grab dan masuk mulut!

Tapi hari-hari makan roti pun bosan juga. Nah! Amazon baru-baru ini melancarkan bantal berbentuk roti baguette - dan ia mula menjadi perbualan dalam kalangan netizen di laman sosial.

Macam mana tak jadi viral kalau bantal roti tersebut nampak macam real dan sampai rasa berselera!

Malah bantal tersebut sedang laris jualannya di Amazon apabila ramai tidak mahu melepaskan peluang mendapatkannya untuk dibuat bantal peluk dan penyendal belakang badan sebelum tidur.

Bantal roti didatangkan dalam tiga saiz berbeza.

"Akhirnya anda dapat menunaikan mimpi untuk tertidur sambil memeluk bantal gergasi yang diperbuat daripada roti.

"Ia bukan sahaja lembut tetapi dipenuhi dengan bebola plastik di dalamnya membuatkan ia sedap dipeluk pada waktu malam... Cuma jangan cuba memakannya!," kata seorang netizen di Twitter.

Bantal roti baguette itu didatangkan dalam tiga saiz berbeza iaitu 0.3 meter (12 inci), 0.6 meter (24 inci) dan 0.8 meter (32 inci). Dah macam saiz televisyen pulak!

Boleh hadiahkan kepada si dia sebagai pengganti diri untuk dipeluk pada malam yang dingin.

Bantal, roti baguette

Artikel Lain